new

Tuesday, July 21, 2009

Aktiviti dan menu ku.........

Salam semua,

Kali aku nak cerita sikit tentang apa yang aku buat bersama keluarga ku.....

Oh.... Pada hari Ahad, hubby, aku dan Hanan pergi ke majlis perkahwinan..... Gambar Hanan ni aku ambil sebelum kami ke majlis perkahwinan....aku suka dgn gambar Hanan ni..... dengan selamba je dia pakai kacamata dan suruh aku ambil gmbar dia...hemmm anak ku....



Selepas tu sebelah malam pergi k rumah mentua, kerana adik hubby aku mengadakan barbeque..... Hemmm, lupa pula aku nak ambil gambar..... tp kami disediakan dengan ayam/ daging kambing/ sausage/ crab stick yang semuanya disalai............. sedap........ tp Hanan ada satu pertanyaan...... Hanan tanya kat adik hubby aku tu...katanya mana dia barbienya?.....hahaha

Oh ya beberapa hari yang lalu aku berpuasa dengan anak ku......so setiap kali berbuka aku akan memasak makanan yg kadang2 atas permintaan anak ku.....So di sini aku tunjuk dan share apa yang aku buat............

Pada hari pertama, aku buat Laksa Johor yang aku lihat dari blog UR, thnx for sharing......... aku cuma gunakan Laksa Johor dalam paket dan bahan2 yang lain aku cuma tambahkan........aku juga masak roti jala, tp lupa nak ambil gambarnya dan aku juga sediakan ayam kari untuk roti jala tersebut.dan hasilnya :hubby dan anak2 ku cakap...memang sedap.......

Hari yang kedua aku sediakan tumpi [ yg dibuat dari tepung/ air / sedikit planta ] biarkan dulu...kalau hendak makan baru lah di roll dgn roll......jadikan ia bulat... Tumpi ni aku sediakan dengan kuah kicap..... aku juga buat daging rendang yg aku ikut resepinya dari buku.....tp sedap tau..... dagingnya aku cuma potong nipis, kemudian digoreng dgn api yg sederhana dlm masa 15 minit...selepas itu toskan minyaknya dan ketika ia masih panas tu di ketuk-ketuk.......oh ya sebelum itu daging tadi diperap dengan kicap soya pekat.....selama 1 jam.....
hasilnya : setelah digoreng....

Ini pula daging yang diperap....
dan hasilnya :
Kelmarin, aku hanya membuat nasi dari beras pulut, sambal pusu dan telur rebus. Aku tidak membuat kuih kerana aku telah diberi 2 jenis kuih oleh kawan2 kat sekolah. Hemmm lupa pula akku nak ambik gambar ye...... tp anak ku minta aku masak udang, so aku cuma buat udang bersalut tepung......Itu lah saja yang aku buat beberapa hari yang lalu........

Oh ya satu lagi aku nak cerita sikit, ni mengenai kebun yang aku dan teman kat sekolah buat..... kalau beberapa n3 yang lalu..aku telah post gambar keadaan kebun yang sudah berkembang, sekarang kebun tu dah semakin cantik dengan bunga-bunganya yang segar dan berwarna-warni serta konsep yang kami gunakan hijau....... aku sebenarnya sungguh gembira melihat bunga-bunga ini walaupun sekarang aku hanya jadi pemerhati saja....... gambar ini aku ambik dari sudut atas..... tp sayang tidak begitu clear.....

Senyum dan ceria selalu,

Tag / Award dan Petua.........

Salam semua,

Hari ini aku nak buat tag/award yg aku dapat dari Myza..... sori ye lambat...buzy sangat...hehehe..
Ini yang pertama aku dapat :
1. Copy gambar : dah buat dah.......

2. Pilih sahabat yang wajib melakukan perkara yang sama di blog mereka .
1. Iza
2. Ummumishkah
3. Na Shari
4. Azrin

Award yang kedua aku dapat dari Myza.....thx...4 sharing with me...may our friendship last 4 ever n ever ye.......

yang nie award ke tiga yang aku dapat dari Myza.....again thxs 4 the lovely award eventhough tak sesuai untuk saya....hehehe
Yang keduanya aku dapat info nie dari Ummu Amar [ atau ahliahnizam ]...makasih... so aku senghaja post kat umah aku supaya teman-teman blogger yang lain dapat sama-sama manfaatnya.........

PETUA UNTUK KAUM IBU

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

InsyaAllah...kita hanya berusaha dan Allah swt yg akan tentukan....

Petua dari: Dr. Fatimah Az-Zahra

Monday, July 13, 2009

Perjalanan......3

Salam semua,

Aku ingin menyambung sikit lagi tentang perjalanan ku......

Kami mula bertolak ke Mekah pada hari sabtu......sebelah petang...iaitu selepas waktu zohor...... kami semua diarah untuk memakai ihram....... Perjalanan memakan masa mungkin dalam 6 jam kalau tak silap.....kerana kami sampai ke Mekah kira2 pukul 8 atau 9 malam. Semasa kami sampai di sana, aku telah terlihat Masjid di Mekah ini dan membuatkan aku tidak sabar hendak melihat Kaabah......

Sampai di hotel, diarah untuk makan dulu.....barulah beredar ke bilik.....Alhamdullillah, kami diberi tingkat 3. Kami pun seterusnya mengerjakan umrah memandangkan hari telah lewat.....kami umrah secara persendirian.....Kami selesai membuat umrah kira-kira jam 2 subuh.....balik ke hotel dan terus tidur.......Kalau dilihat dari kawasan luar masjid ini, nampak tidak banyak orang..... tapi apabila kami masuk ke dalam masjid, beginilah keadaannya....tetap ada orang bertawaf, bersaie dan duduk2, beribadat....dan ada sesetengah orang atau kumpulan yang berbaring di atas lantai masjid ini...... tidur atau sja baring-baring.....

Hari yang kedua, kami sja keluar..berjalan2 sambil menunaikan perjanjian dengan anak ku untuk membeli pemainan kerana ia mahu ikut umrah...... So, mula-mula ke Ben Dowoud....selepas tu kami ke sebuah kedai yang boleh dikatakan seperti the Mall kat Brunei cuma yang ni lebih besar dan lebih tinggi.....Nama bangunan kedai tersebut " Al Abraz"... di dalamnya banyak kedai2 yang baru seperti : Mother care, watch and more watch....hehehe

Ini gambar masjid ketika waktu pagi........, sungguh indah kan................
Ini gambar aku bersama Hanan................
Di sini kami juga dibawa melawat ke beberapa tempat spt Gua Hira, Jabal Rahmah dan satu tempat yang baru aku dengar Jabal Mahnet......
Di Gua hira, kami hanya diberi penerangan dan bergambar dari jauh sja..... hah nilah aksi Hanan begambar kat sana.......

Kat bawah pula, gambar Hanan kat Jabal Rahmah, sebenarnya dia nak naik lagi kat atas...memandangkan banyak batu2, aku cakap kat Hanan tak payah lah.... oh ya..kat sini banyak unta...Hanan mahu naik tp aku benarkan....Untanya cantik2, dihias ngan bunga2 dan ada tempat duduk beratap lagi...... Yg lucunya Hanan cakap kat aku, dia ternampak unta tu kencing...hehehehe.....aku ada juga gmbar unta tu tp sayang...gmbar unta tu blur....maklum dari dlm bas.......
Dari sini kami dibawah melawat ke Mina......selepas itu ke satu tempat yg mereka namakan Jabal Mahnet... apa yang menariknya kat sini ialah tentang tarikan magnet yang kuat... di mana ada satu tempat bas kami dibiarkan tidak bergerak, enjin still on but the gear, the driver bagi free lah..so apa yg terjadi, bas tersebut seperti ditarik ke belakang.....sedangkan masa tu driver tersebut tak pun sentuh apa2.....kawasan kat sini semuanya batu......tak de apa-apa pun...cuma yang ada tempat rehat, taman permainan kecil........ dan bila kami hendak balik, driver tersebut menunjukkan satu lagi keajaiban kawasan ni....sama macam tadi cuma kali ni, driver bas tu senghaja berdiri sebentar untuk membuktikan yg ia tak sentuh apa2....yep...bas tersbut bergerak dgn perlahan-lahan tp lama kelamaan semakin laju hingga mencecah 120 km...... Ya allah....sungguh menghairankan.....sungguh besar ciptaan mu.......
Selepas dari sini, di bawa pula ke tempat untuk berniat Umrah....dan seterusnya balik.......

Hemmm, aku rasa aku nak berhenti kat sini dulu...nsya allah akan disambung satu perjalanan lagi.....
p/s : pada yang sudi membaca terima kasih.......
p/p/s : bukan nak show off cuma nak share...mungkin satu hari anda2 semua akan ke sana......
sama ada buat umrah atau pun haji....

Senyum dan ceria selalu,

Tag in the air again.............

Salam semua,

Aku dapat tag ini dari BNI..... thanx 4 tagging me dear....hehehe


1. Copy badge untuk diletakkan diblog anda -
Dah pun......

2. Link @ ceritakan siapa yang memberi award ini –
Bikash Nur Idris @ seorang penulis novel yang akk minati....terutama DMA

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda ditag) -
i. Sudah bersuami yang penyayang dan mempunyai 5 orang anak yang periang.
ii. Seorang guru.
iii. Suka membaca
iv. Suka bercerita bersama hubby dan anak-anak
v. Suka ketawa dan membuat orang gembira
vi. Suka membantu kawan
vii. Suka mengembara terutama bersama hubby
viii. suka menonton vcd bila ada timbul keboringan
ix. Suka jaga malam
x. Suka tidur lambat

aku tidak akan mentag siapa2....cuma kalau ada orang yang ingin menjawab silakan... FOC....
p/s : Hah dah jawab dah...camna lulus tak?....hehehe

Senyum selalu,

Wednesday, July 8, 2009

Birthday Wishes To You.......................

Salam semua,

Hari nie aku cuma nak post my birthday wishes to my blogger friend which l'm call her adik Iza..... so this is 4 u......... Actually l really don't know when is her birthday...maybe today or yesterday or tomorrow....Anyway..just read it...................

Happy Birthday Comments at CommentHaven.com


Happy Birthday Comments at CommentHaven.com





Ikhlas dari saya :

Tuesday, July 7, 2009

Perjalanan....... 2

Salam semua,

Kaifa Halik semua? maknanya apa kbr?..... hari nie aku ada masa untuk menyambung cerita2 yg aku nak share semasa aku di Tanah Suci........

Sebelum tu, hemm nilah dia pemandangan Masjid Nabawi, di mana terletaknya Raudhah tempat makbulnya doa-doa........tak terasa setahun ke setahun terdapat perubahan pada kawasan Masjid ini.....

Hari Khamis, kami semua di bawa melawat ke beberapa tempat yang menarik......Mula-mula kami dibawa ke masjid Quba..... di sini kami hanya diberi masa untuk bersembahyang sunat kat masjid nie......Lihatlah gaya Hanan sewaktu selesai sembahyang dan menunggu orang lain naik ke bas......

Seterusnya ke Ladang Kurma....di sini disediakan minuman-minuman yg bagi pendapat aku mungkin teh-teh arab, minuman tersebut diletakkan di bawah pepohon kurma.....semua jemaah bergurau dengan mengatakan yang kami semua sedang berkelah...hehehe berkelah di padang pasir kurma..... Tp tidak dinafikan betapa aku bersyukur dpt melihat buah-buah kurma yang sedang masak, yg masak mahupun yg hijau.......Selepas menjamu selera kat luar, kami semua masuk pula ke dalam kedai yang menjual bermacam-macam kurma, kacang, madu dan segala buah-buahan yang telah jadikan semacam asam.....

Setelah selesai di sana, kami di bawa ke bukit Uhud, di mana terjadinya perang uhud....di sini apa yang kita perlu buat berdoa untuk para suhada tersebut........ sehingga Hanan bertanya kepada aku..."apa yang nak di lihat kat sini, tak de orang pun".....aku hanya ketawa.......tp kat sini Hanan sempat pula dia membeli seekor gajah plastik yang dipanggilnya JUMBO......hemmm anakku..... kalau bab permainan tetap nak satu.........

Setelah selesai, kami semua balik ke hotel memandangkan sembahyang zohor tidak lagi lama..... sempat lagi aku dan Hanan bergambar di tengah panas matahari...

Esok pagi, selesai bersembahyang subuh dan bersarapan, berehat sebentar..... kami ber3 meneruskan aktiviti pagi dengan berjalan-jalan di kawasan yang berhampiran...lihatlah gambar ku bersama hubby dan anak......
Sehingga di sini dulu.......mungkin nsya allah akan disambung lagi jika ada masa ............

Senyum dan ceria selalu,

Sunday, July 5, 2009

Perjalanan.......

Salam semua,

Mungkin n3 kali ini agak panjang...kerana aku nak cerita apa-apa yang berkaitan ngan kunjungan kami ber3 ke Tanah Suci.......

Kami sampai ke Airport Jedah, kira-kira jam 7.26 pagi waktu Jedah....So...untuk turun dari kapal terbang kena berbaris..sebab sana semua penerbangan menggunakan perkhidmatan bas untuk membawa semua penumpang ke kawasan airport nya.......... Setelah sampai ke kawasan pemeriksaan, disini kami beratur lagi....... tp sesuatu kejadian yang membuat aku dan hubby heran, iaitu sewaktu sedang berbaris, tiba-tiba datang pegawai kastamnya lalu meminta untuk melihat paspot hubby...so..dia pun bawa paspot hubby ke kiri kanan....kami hanya memerhati.......pegawai tuu ada juga bertanya, ada sesiapa yg boleh bercakap arab, semua org cakap..tak de...so apalagi..pegawai tersebut bawa hubby, aku n hanan ke kaunter paspot....lepas tu dia senang2 sja suruh kami keluar setelah memastikan paspot kami dicop......Kami berasa senang hati kerana tak perlu menunggu waktu yg lama untuk beratur......so keluar ambil beg dan berhimpun lagi untuk menanti jemaah yang sekumpulan ngan kami......

Perjalanan Ke Madinah.......Kumpulan kami bertolak dgn sebuah bas kira-kira pukul 9.10 minit... dalam bas kami disediakan makanan [ dalam kontaner ]......Makanannya : nasi putih, mee goreng, sambal, telur n ikan.....Bas meneruskan perjalanan..... Oh ya... dalam perjalanan bas kami mengalami sedikit musibah..roda koyak....nasib baik di sana ada tempat membaikinya...semua jemaah diminta untuk bersembahyang zohor sementara menunggu bas selesai.....
Meneruskan perjalanan..singgah ke satu tempat yang aku kurang ingat apa nama tempatnya......kami diberi masa dalam 15 ke 20 minit...memandangkan ada kedai berjual makanan, kami ber3 pun ikut turun.....di sana kami berjumpa dengan satu hidangan yang pada pendapat ku sungguh lucu namanya...Ianya dipanggil "Ayam Mandi"...hehehe..kalau tahun 2003- 2005, ia dipanggil "ayam nasi" sekarang dah ada nama baru pulak...Ha, ni lah dia gambarnya......

Ini gambar aku ngan Hanan sedang menikmati makanan tersebut...hehehe lihat Hanan...
Setelah selesai, bas kami pun meneruskan perjalanan ke Madinah....dalam perjalanan kami diberitahu tentang bilik semasa di Medinah....kami diberikan tingkat 10.... hemm kami tak kisah...asal senang..... So....kami sampai di Medinah dan terus ke hotel yang bernama AL Fayroz...senangnya dalam hati kerana ia terletak dekat dengan masjid...keluar saja hotel. ke kiri terus dapat pintu pagar dan sampailah ke kawasan Masjid Nabawi........Bangunan yang tinggi tulah tempat kami tinggal....

Kami diarah untuk makan[ kira-kira makan tengah hari lah tu]..... kemudian diserahkan kunci untuk bilik.... di sini kami ada kejutan lagi..kami yang sepatutnya tinggal tingkat 10, ditukar ke tingkat 5...Alhamdullillah......lagi baik......kami diberi bilik yang mempunyai 4 katil......so nice and bilik mandi pun besar......So tak sempat untuk sembahyang asar di Masjid kerana waktu kami sampai...azan....so tunggu untuk sembahyang magrib sja.....sembahyang maghrib pada jam 7.11 malam dan isya' jam 8.44 malam........ Besoknya[hari selasa ], kami diarah untuk bersiap jam 6.30 pagi kerana hendak berziarah ke Makam Nabi......

So...nak berhenti dulu....jari aku nie dah letih nak menaip lagi...... mungkin the next n3, aku akan smbung balik ye..... so..aku close this n3 wit Hanan pic. yg aku suka.....

Salam dan ceria selalu,