new

Tuesday, August 18, 2009

Malam Ahad ku....

Salam semua,

Minggu lepas aku mendapat jemputan dari Jati Transport untuk pelancaran Mercedes Benz. Aku berasa teruja untuk melihat Mercedes yg terbaru ni. So, aku pun konfirmkan untuk menghadirinya with my hubby n my eldest daughter [ Liyana ] .

So hari Ahad lepas, hubby, aku dan Liyana pun meredah hujan lebat untuk menghadiri majlis tersebut yang diadakan di sebuah hotel iaitu Hotel Sheraton Utama yang terletak di bandar. Tiba di hotel disambut oleh beberapa orang pelayan yang menghidangkan kami dengan minuman . Kemudian kami diarahkan untuk masuk ke sebuah bilik yang telah dipenuhi oleh jemputan.

Setelah itu kami telah menyaksikan persembahan video klip mengenai dgn mer. ini. Dan sejurus tamatnya persembahan tersebut, juru acara telah memperkenalkan kepada jemputan termasuk kami akan mer. S Class. Di dalam bilik ini kedengaran muzik berkumandang yang dimainkan secara live.....

Gambar ini aku ambil dari Ranoadidas....... So this is the new Mercerdes Benz " S Class " dengan harga kalau tak salah $200,0000.00.... [ mampukah aku?.... ]

Inilah beberapa gambar yang aku ambil..........



Yang ni bukan S Class, tapi AMG mempunyai kelajuan 6.5....just imagined tp harga hemmmmmSetelah selesai menyaksikan , para jemputan diarah untuk menikmati makan malam yang disediakan...... cuma gambar kuih je yang diambik oleh anak aku.... nampak sedap tp aku tak makan yang nie coz aku tak berapa minat ngan jenis-jenis yang ada coklat.....


Hem, setakat tu lah cerita aku kat sini.....
Sekadar berkongsi cerita ye.....

Senyum dan ceria selalu,


Wednesday, August 12, 2009

Ceritaku dan Menu.....

Salam Semua,

Malam kelmarin, oleh sebab aku tenguk kat peti ais aku ada kulit popia, timbul keinginan untuk membuat sesuatu...apalagi aku pun bawa anak-anak aku untuk membuatnya.....
Caranya : kulit popia dipotong apa2 saja bentuk, lepas tu di goreng dan setelah masak , toskan sekejap lalu ditaburi dengan serbuk nestum tadi...buat ketika kulit popia masih panas...Hasilnya :


Semalam, anak ku meminta aku untuk memasak udang...dan oleh kerana kebetulan udang tu ada dalam peti ais ku, jadi aku masakkan anak ku "butter prawn"...walaupun tak berapa handal dalam membuat serbuknya or netnya...aku bangga juga sebab..semakin menjadi..tp tetap nak kena practice banyak2...hahaha....apa pa pun...anak-anak ku tetap makan ngan berselera.....

Seperti yang aku nyatakan kelmarin, hari nie aku memasak lagi.... atas tempahan teman sekerja ku.... So menu ku hari ini : Nasi lemak, ayam goreng/ daging kicap, sambal ikan tahai dan sedikit sambal tomato.....
Oh ya, besok aku ada tempahan lagi.....so tadi petang aku n hubby pun membeli barang-barang yang diperlukan untuk di masak..... Setelah itu singgah ke Mall untuk membelikan pesanan si kecil ku "Hanan"...apalagi kegemarannya... "Pizza".... Oleh kerana mengambil masa 15 minit menunggu, sambil-sambil aku duduk, aku pun menggambar pemandangan ini....hehehehe tak kerja le tu........
ooppps, beg plastik tu bukan aku yg punya....entahlah kenapa customer Cina yg dtg membeli tu simpan kat sana...hahaha [ dia buat lawak selamba]
Yang nie, meja dekat aku duduk menunggu ...cantikkan....

Huh, tanganku pun dah letih...mata ku mengantuk......jd aku berhenti kat sini lah....mungkin besok akan ada n3 baru lagi...insya Allah.....

Illal Liqa......

Senyum dan ceria selalu,

Monday, August 10, 2009

Cerita ku hari ni......

Salam Semua,

Hari nie giliran aku membawa makanan untuk teman2 kat sekolah tempat aku mengajar nie. Mula-mula cadang nak bawa mee goreng, tp memandangkan yang hari sabtu tu dah orang yang bawa dan takut orang bosan pula, aku tukar menu ku.....So aku bawalah "Laksa Johor" seperti yang aku buat dalam n3 yg sebelumnya........ Alhamdulillah, semua teman ku suka ngan masakan hari nie...

Hem, hari rabu dan sabtu, aku akan memasak lagi untuk orang-orang yang menempah makanan dari aku...


Oh ya, sebelum aku 2tup n3 aku hari nie, sja aku nak share gambar Hanan yang aku suka hehehe P/s : Mummy loves u baby.........

Senyum dan ceria selalu,

Sunday, August 9, 2009

Kejutan buat ku....

Salam semua,

Hari ni aku happy sangat....sebab hubby aku bagi hadiah....Wah.....pagi-pagi lagi, hubby aku cakap ada sesuatu untuk aku........ tak ku sangka pulak, yang hubby akan beri aku hadiah..... Apa pa pun, to my hubby, thank u zillion times 4 the hadiah ye........




Tengah hari tadi, hubby bawa aku dan anak2 untuk celebrate our annivesary kat restauran.....Ini kes aku malas masak dan saja nak bawa anak-anak keluar..jalan-jalan cari makan. So, we decide to try masakan "Singapura" yang sekarang ni ada di promote kat Airport Restaurant.... So, kat bawah ni beberapa makanan yang kami sekeluarga cuba makan......

Sekali lagi untuk hubby aku, terima kasih banyak-banyak........
Itu sajalah utk hari nie ye....

Senyum dan ceria selalu,

Hari UlangTahun Perkahwinan Ku......

Salam Semua,

Hari ni adalah hari yang bersejarah bagi aku. 17 tahun yang lalu, merupakan saat aku bersanding dengan my other half, of course lah my hubby.........Alhamdullillah....... Selama 17 tahun bersama, sekarang sudah ada 5 orang anak.....bahagia aku rasa..... Sepanjang tempuh ini, memang banyak yang dihadapi, dirasa, dinikmati...namun semuanya membuatkan sebuah perkahwinan itu lebih manis dan menjadi kenangan sepanjang hayat...... benarlah nyanyian allahyarham P. Ramlee "sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri"..........

Sebelum tu, nak share dengan semua isteri2 yg sudi membaca n3 aku ni....Aku dapat dari buku ' Hadiah buat Muslimah'...

"Nasihat dan senyuman juga merupakan salah satu bentuk hadiah yang
boleh diberikan isteri kepada suami"

Menurut kajian, isteri yang melambai tangan kepada suami sewaktu suami
keluar bekerja akan meningkatkan prestasi kerja suami dan isteri
yang menyambut kepulangan suami dengan senyuman akan
menghilangkan kepenatan dan stres suami..........

Untuk my hubby, this is 4 u........"Love u So much"......... n also 4 me...hehehe "Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yg ke 17 tahun "

Anniversary Comments at CommentHaven.com

Love Comments at CommentHaven.com

Love and smile alwayz,
Ur other half

Saturday, August 8, 2009

Cerita ku.....

Salam semua,

Rasanya dah lama aku tak buat n3 baru kat sini...ntah...knp? mungkin ada 2 sbb.... pertama : malas... yg keduanya: minggu lepas dan minggu ni minggu yang terbuzy sekali buat ku.... tp tak pe...aku ada juga sedikit crt nak share ngan kawan2 kat blogger nie.... walaupun dah lama berlalu, sekadar bersama mengisi minda...hahaha

Last week, giliran aku dan kawan2 ku kat sekolah untuk membawa makanan bagi semua teman2 yang lain....So aku, Lela, Zuin, BB, H Rozi, dan 2 org guru lelaki pun merancang utk membawa beberapa menu. This time, bukan aku seorang yg memasak.....so our menu 4 that day ialah :
a. Nasi putih n daging : aku dan Lela, b. Sotong : H Rozi, c. ayam : BB, d. Telur dadar : Zuin, e. Sayur Lontong : our ustaz [ actually his malaysian ] and for our dessert we asked the other ustaz to bring : drink ...... tp kat sini aku hanya sempat gambar makanan yang aku dapat pada hari tu....
Macamana : nampak sedap kan.......memang sedop....... hehe anyway, thx to all my friend yg bawa makanan ye....

Oh ya, The other day, one of the teacher bawa satu buah..... Buah tu seperti gambar kat bawah... Yang sebenarnya aku pun tak tahu nama buah ni, tak pernah makan pun...rasanya baru hari tu aku tau akan keujudan buah tersebut......
so, kalau kat tempat lain, aku tak tahu adakah buah ni ada? n apa namanya ? kalau ada sesiapa yang tahu, please let me know ......

Kat rumah, barulah aku buka n rasa..... Setelah aku buka, rupa buah tersebut seakan-akan longan......dan rasanya manis......hemmm tak boleh makan banyak.....
Ha tu dia..... K lah...sebenarnya kat sini, kata mereka [ kwn2] buah ni bernama "Mantua" .....mula-mula aku ngat aku salah dengar, rupa-rupanya betul......hehehe nama pun ganjil patut lah tak pernah tahu......

So tadi aku dah mention yg this week, week yang aku buzy sangat...sbb nak buat persiapan untuk catering 4 2 tempat...... Pertama : at my friend house n yg keduanya : at my mums house.
nasib baiklah, menunya sama....jadi senang lah aku n hubby untuk membuat persiapan... Menu: Nasi putih dan Nasi Briyani, ayam Briyani, Daging rendang, Sayur campur, Ikan masam manis dan sambal belacan serta timun. Alhamdullillah, majlisnya telah berlangsung kelmarin.......dan hati aku n hubby sungguh lega .... selesai...... tp sekarang keadaan rumah ku seperti kapal yang dilanda ribut...kekeke

p/s : utk teman blogger, thx pd sesiapa yang sudi berkunjung......minta maaf kalau
aku tak jenguk kalian, bukan bermakna tak ingat tapi masa yang tak mengizin
kan.......
p/p/s : Selamat berhujung minggu bersama-sama keluarga.......

Salam dan ceria selalu,


Monday, July 27, 2009

Musim Perayaan dan menuku.....

Salam semua,

Mungkin banyak yg tidak tahu sekarang kat sini, ialah Musim Perayaan sempena Hari Keputeraan KDYMMSultan Haji Hassanal Bolkiah......Sekarang kat sini, bandar dan kawasan2 yang sewaktu dengannya bergemerlapan dgn lampu cucul yang beraneka warna dan bentuk.... terdapat juga gerai2, di mana disediakan gerai makanan ataupun jualan sama ada baju, beg dan macam2 ada.....tp aku hanya sempat mengambil gambar ni...yg mungkin kurang jelas...tp sekadar nak kongsi....heheheIni semua aku ambik dalam perjalanan....sewaktu sedang memandu........sebab tu lah macam tu jadinya......

Ok lah, hari nie, aku memasak kat dapur ku...... so....yg pertama sekali aku masak nasi kuning....
Mungkin tak berapa kuning, kerana tak taruh banyak kunyit selepas beras dicuci.......

Yang keduanya aku masak ayam rendang........ yg resepinya aku dapat dari buku........


Dan yang ketiganya aku buat kuih......iaitu ketam [crab finger ] aku bungkus dengan roti paun...sebelum tu roti paun tersebut aku kasi mayonis.......dan sebelum mengoreng aku salutkan luarnya ngan telur....hemm [ simple kan ] sebelum digoreng.....

Selepas digoreng......
Alhamdullillah, hubby dan semua anak ku makan......semua yang ku masak habis...hemmm tu lah yang aku suka....... begitulah anak2 ku, kalau mereka nampak aku kat rumah, sometime the wol akan tanya," mummy tonight mummy masak apa?" hehehe kdg2 tu kalau kasihan kat anak, aku akan masak apa2 bahan yang ada kat dapur.......asalkan mereka makan dan mereka suka masakan ku.....

Ok lah...tu je untuk hari nie......

Senyum dan ceria selalu,