new

Friday, January 21, 2011

Our Fun Time at Giant, Rimba

Assalam semua,

Hari nie aku nak share sedikit cerita...... Actually my daughter a.k.a Kaka minta hantar ke rumah teman dia... memandangkan tempat tinggal kami ngan teman dia ni jauh n at that place ada Giant so aku decide nak tunggu kat sana...... tak perlulah aku balik ke rumah....

http://www.emocutez.comSo firstly, aku survey lah dalam kedai Giant tu....aku nak cari file 4 my student.... lucky aku jumpa ...so apa lagi aku pun beli....hasilnya penuh satu boot kereta aku.....


Secondly, aku pegi kat booth yang menjual buku.... apalagi aku belilah dua buah buku untuk ku dan anak2 ku pun tumpang sekaki....adui.....


http://www.emocutez.comAfter that, we just sit at the food court n my kids hav a lot of fun to order something to eat..... n also play at the playing area....http://www.emocutez.com so this the few picture that l took......

Hanan at the slide....nstead of sliding she dicide to laying.....

Hanan, Wanah n Yani enjoying the food ........http://www.emocutez.com

Roti kuning
Kue Tiaw Sea Food
Lekor
Su Mai n dont know the name ...hihihi
and be4 we fetch my Kaka, we saw this small competition.... "makan mee sehingga habis dengan menggunakan satu chopstick"..... n that was fun to see all the kids trying their best to be the winner.......

Its was fun.... n enjoy it very much.......

Tu jer....hehehe...

Senyum dan ceria selalu,

Mummy Hanan...

Thursday, January 6, 2011

Ucapan dan Masakan ku

Assalam semua,

Dah lama rasanya aku tak buat apa2 kat blog ni....Maklumlah sekarang zaman FB..hihhihih Sebenarnya banyak yang ingin ku kongsikan bersama tp oleh kerana tahap kemalasan tu terlebih sudah..... ceta tersebut ditinggal begitu saja........

Be4 continue with my speech....cewah.... perasaan pulak... Aku nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2011" walaupun lambat beberapa hari...it better late then never.....

So terimalah kad nie,






Oh ya, aku sambung semula....aku nak share apa yang aku buatkan untuk anak ku hari ni. Anak aku yang tua tu terasa nak makan Lasagna...so akk buatlah sesuka aku..... aku cubalah buat walaupun hasilnya tak berapa cantik....korang jangan kutuk ye.... Aku tidak suka mengikut resepi2 walaupun aku membacanya.... aku kalau memasak main campak saja.... ikut kesukaan ku.... hihhi So ni lah hasilnya......

Bahan-bahan : daging kisar..... tumis bawang merah dan putih, masukkan lada cili boh atau kalau kat sini lada kisar, gaulkan sehingga pecah minyak, masukkan sos tomato puri, sos lada cili meggi gaul dan barulah masukkan daging. Perasa terserah, u all boleh masuk garam, msg dan gula sedikit. Inilah dia.......


Aku kalau membuat lasagna ini suka menggunakan pasta..... rasaku lebih sedap...... so masa kat kedai aku cuma jumpa ni...... rebus dulu..... kemudian di masukkan ke dalam daging yang masak tadi.....Cara menyusun : basenya boleh taruk cheese, buat lah daging+mee tadi....ratakan then atasnya simpan sos putih....then cheese vberselang seli. Bahan tuk sos putih : tumis minyak, masukkan susu , gaul dan masukkan sedikit tepung jagung...gaul sehingga pekat. Letak lah bahan perasa mengikut suka... Lepas tu masukkan k dalam oven.
Ini lah dia setelah di bakar......Apalagi...kalau masak..... makan lah....sedap dimakan sewaktu panas....

Ini bahagian aku..... hemmm so very the yummy * angkat bakul masuk sendiri *...hahahaha

Kepada yang ingin mencuba tu sila lah ye...... Kalau rasanya buatan aku ni tak memuaskan jangan ketawa ye...... Yang penting anak2 ku suka dan memuji si tukang masak...

Tu lah saja setakat ini....... Semuga kita terus bersahabat melalui alam maya ini...... Semuga tahun baru ini akan lebih manis dan berkat dari yang lalu......

Salam dan Ceria selalu,

Mummy Hannan..


Monday, December 13, 2010

Dulu, Kini dan selamanya..... My Fav. Singer...

Penyanyi Kesukaan........

Solo itu bahagia - Anuar




MENJENGAH ke teluk rasa figura ternama Anuar Zain, sekali lagi pertanyaan tentang kesendirian tanpa suri di penghujung usia 40 tahun disuakan ke mukanya. Sedikit lelah yang enggan dijelmakan, pelantun yang masih berhantu dengan alunan Lelaki Ini teguh mendakap syukur.

Terima kasih Tuhan katanya kerana diperlengkapkan kehidupan bahagia beriring utuh karier. Teman dan keluarga juga berkelip indah, menemani siang malam seorang Anuar Zain.

Dia masih beraja tanpa permaisuri dan 2010 yang bakal ditinggalkan ini, langkahnya teratur tidak bergugah oleh terkilan atau sepi bersendirian yang masuk mencelah.

"Saya seorang yang sabar dan sangat bersyukur. Jika tiada jodoh sekali pun untuk saya, mungkin itulah aturan terbaiknya yang telah ditentukan kepada saya.

"Saya sendirian, solo tanpa teman hidup tetapi tidak bermakna saya dalam kesepian. Walaupun belum berkahwin dalam usia begini, saya ada ramai kawan yang berkualiti," pertahan Anuar meladeni hakikat hidup membujang.

Menambah resam orang bujang, Anuar juga tidak terdesak atau merintih jodoh tak sampai.

"Saya bukan orang yang suka berdrama sebegitu rupa. Saya menikmati hidup saya sepenuhnya dan tidak merosakkan jiwa dengan perkara sebegitu.

"Fokus sahaja dengan kerja dan kenapa harus menjadi mangsa perasaan kerana saya reda jodoh itu kerja Tuhan. Tapi bila saya kata saya reda, ada pula menggelarkan saya sebagai 'poyo'. Biarlah," ucapnya.

Berbaki kurang tiga minggu sebelum 2011 menyelinap ke posisi, Shahrul Anuar Zain yang bugar bersandar vokal lunak ada berharap. Biarlah 2011 mencurahkan hasil yang baik untuk semua. Kepada dirinya sendiri, dia tidak meletak sebarang visi khusus.

"Saya jenis sukar untuk bercakap tentang visi, lainlah kalau berkaitan dengan album atau lagu baru. Ada perkara tertentu yang datang tanpa dijangka. Tetapi biasalah, bila masuk tahun baru, orang akan cakap tentang penambahan usia atau peralihan hidup.

"Saya masih Anuar Zain yang dikenali umum, jika ada peralihan dari segi kematangan itu takrifan orang luar terhadap saya. Dalam soal kerja, ia masih sama," ucapnya sedar ada janji kepada peminat yang belum diselesaikan.


ANUAR ZAIN masih berdiri gah sebagai penyanyi lelaki solo terulung negara.


Janji

Bukan berjanji untuk menamatkan zaman bujang tetapi janji terhadap album yang masih berdepan proses pembikinan. Mulanya September kemudian terheret ke bulan Disember, belum ada tanda-tanda bahawa album baru yang kerap diperkatakannya menunjukkan tanda kelahiran.

"Sudah tertangguh lebih tiga bulan, saya sedar ramai yang merungut kenapa begitu lama. Bukan terlalu mahukan hasil yang sempurna tetapi saya mahukan kelainan.

"Sekarang ia dalam proses mixing. Semua lapan buah lagu telah siap, awal tahun depan mungkin album akan siap sepenuhnya," katanya yang menjual single terbaru, Ku Berjanji Karna Cinta sebagai pengubat rindu peminat setianya.

Kedatangan tahun baru juga memberi laluan kepada kerja yang telah ditumpahkan sepenuh hati sepanjang penghasilan lagu Sedetik Lebih akan membuahkan hasil.

Bukan sekadar lagu tema yang sering dinyanyikan oleh naskhah terdahulu, tetapi sentuhan indah Edry dan Yusri Abdul Halim untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa itu memberi makna kepuasan kepada Anuar.

Dirakamkan bersama 40 pemuzik daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), proses penghasilan lagu itu sahaja cukup sebagai satu kekaguman Anuar terhadap kreativiti dan kredibiliti trio tiga beradik KRU itu.

"Melodi lagu itu sangat bagus dan saya sukakan elemen yang menjadi signatur kepada Edry. Saya terima tawaran itu kerana mahukan suasana berkerja orang yang berbeza-beza, kerja dengan Edry serta pihak KRU. Itu semua penting untuk profil kerjaya saya.

Diberi kepercayaan menyanyikan dua versi lagu tema, Sedetik Lebih untuk versi bahasa Melayu dan The Memories dalam versi Inggeris, Anuar menambah:

"Untuk projek lagu tema itu, kami bersama-sama berbincang dan saya turut memberi input dari segi idea dan penyampaian, jadi pendengar boleh kenal stail saya dalam lagu berkenaan dan saya sukakan hasilnya," katanya dalam sesi fotografi yang disusun pihak KRU di Hotel Marriot Putrajaya, Khamis lalu.

Diusulkan satu kebarangkalian melihat kelibat Anuar dalam projek filem KRU Motion Pictures untuk masa akan datang, adik Ziana Zain itu pantas menggeleng kepala.


JODOH tidak sampai bukan satu masalah kepada Anuar yang bakal memasuki usia 41 tahun pada Februari 2011.


"Saya tak pandai berlakon dan tak adil untuk pelakon lain. Cukuplah, saya pernah mencuba berlakon tapi gagal. Ada artis lain boleh jadi penyanyi dan pelakon sekali gus, tapi bukan saya.

"Lakonan saya sangat 'keras'. Saya cuma tengok sekali sahaja filem yang saya lakonkan (Bintang Hati). Saya tak sanggup tengok, segan,' katanya yang pernah dipelawa pihak KRU untuk membintangi filem Magika sebelum ini.

Menolak kemungkinan ketibaan Sedetik Lagi untuk penayangan Hikayat Merong Mahawangsa sekitar Mac nanti bakal bertindih kelancaran promosi album terbaru yang direncanakan terzahir pada waktu yang sama, Anuar yakin terhadap strategi yang telah disusun.

Dalam santai pertemuan singkat itu, Anuar berkongsi pelbagai luahan termasuklah soal jaringan laman sosial Facebook mahupun Twitter yang sedang menjadi trend semasa, baik di kalangan artis mahupun masyarakat umumnya.

"Terus-terang saya katakan, saya tidak ada akaun peribadi Facebook atau Twitter. Ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakan kelebihan yang ada menerusi laman sosial berkenan.

"Untuk saya, saya sangat pentingkan privasi. Untuk apa saya ada laman sosial sedangkan saya sudah boleh bertemu ramai orang setiap masa. Peribadinya, saya melihat ada bahayanya jika teknologi itu diaplikasi secara melampau," katanya.


Tu lah ceta tentang Anuar yang ingin aku share..... baca lah yer.......

Salam dan ceria selalu,

Mummy Hanan

Monday, November 22, 2010

Hari yang membuat aku gembira...16 / 11/2010

Assalamualaikum semua,

Sebenarnya perkara ni ada lah dalam 2 / 3 hari yang lalu .....tapi baru hari ni aku ada masa nak buat kat sini.....

Peperiksaan bagi tahun 6 telah pun keluar........ Oleh kerana aku salah seorang guru kelas dan guru Subjek bagi tahun ni tentulah ingin murid2 yg ku ajar ni mendapat keputusan yang baik..... Oh ya aku mengajar Bahasa Melayu...... So bila keputusan d keluarkan alhamdullillah......

Keputusan : nya 100 % murid ku lulus......Banyak murid yang mendapat "A"..seramai 22 orang..... dan selebihnya ada yang mendapat "B" , "C" , "D" ...

So..that my joy n happiness 4 this year...... Murid yang ku ajar mendapat keputusan yang baik....

Maybe nex year....... l want to keep good work.....kalau d izinkan Tuhan.......

To my students....Thx u 4 making me proud of u all........ Congratz yeah......
Lastly, teruskan belajar dan belajar......

Senyum dan ceria,
Mummy Hanan a.k.a Cg Noraidah

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Qurban / Haji

Assalam semua,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.......


Sunday, November 7, 2010

Cooking Class 4 year 6 2010

Assalam semua,

Yesterday..... Me buka kelas memasak 4 our student Year 6....... B4 that me asked the student to bring the ingredient. Credits to u all gurls 4 being such nice team..... jangan pulang perasaan sangat ......hihihihi

The Menu : Sausage or crab stick coated with bread n breadcrumb..... [ nie cipta sendiri ]

The Ingredient : Bread [ bring by Nina n RAazita ]
Crabs [ Juliana ]
Sausages [ Syakira ]
Eggs [ Iffah ]
Mayoneses [ not sure who. sorry ]

So, here a few picture 4 u...what my students buat....They all enjoys their cooking today..... Me just give them example n the rest u can call history bcoz they want to do it on their own.......


Preparing the crabs n the sausage......

Cikgu Lela .......
Look at their faces....smiling n happy.....Enjoy


Roti yang telah siap digulung n sebelum d salut dan d goreng
While waiting 4 the oil panas...... ambil gambar dulu....

Wala, roti yang telah siap....


Thx u gurls...... nex time lagi...

Senyum dan ceria selalu,

Mummy Hanan

Wednesday, September 22, 2010

My suprised birthday cake

Assalam semua,

Malam tadi , aku dapat suprised birthday cake from my hubby n my kids.......Hemmm nasib baik tak keluar air mata....sbb sebelum tu aku fikir tak ke orang nak bagi aku kek.....hahahaha...

Eventhough my hubby choose a different kind n taste but it was awesome....... He didn't buy 1 flavour but 5 or 6 different flavour...... mean to say he didn't buy the whole cake but the slice one..... Anyway... it was the same we did when we having Hayani birthday....... So we taste all the cake that look yummy.....

So, ambik beberapa keping gambar cake aku.........



So, we all sharing semua kek d atas.....sedap tau makan berebut2....sbb every1 want to taste....hahahahaha.... aku rasa aku macam budak2....... tp kay lah dari tak de kan... so hilang dah rasa terkilan ku......

To my hubby n kids...thank u all so much 4 ur effort to make my day happy....eventhough simple....... Love u all....

Senyum dan ceria selalu,
Isteri dan Ibu,
Mummy Hanan

Selamat Hari Raya n My Big Day

Assalam Semua...

Apa khabar semua? Harap2 semua pembaca yg selalu datang ke blog ini sehat semuanya...... Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan kerana kita masih berada di bulan Syawal ..... : SELAMAT HARI RAYA



Oh ya.....alhamdullillah.... aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan aku hidayahnya dengan menambahkan umur ku..... Hari ini aku gembira bersama keluarga terutama suami yg tercinta dan anak-anak yang sentiasa membuat aku riang gembira...... Aku berdoa semuga kebahagiaan ini akan sering dirasa bersama keluarga.......

So untuk mengembirakan diri ku sendiri..... aku sediakan cake ini untuk siapa yang sudi menjenguk aku....hihihihii

Walaupun aku terkilan sedikit tapi.... tak pe.... Life goes on.... Wish today aku dapat jadi raja yang akan mendapat layanan yang istimewa......hahahaha.....

Happy Birthday to My Self...... Happy Always...... May Allah Bless my life for ever n ever.....amin...amin......





Salam dan ceria selalu,

Mummy Hanan
12.oo Tengahhari....

Friday, August 20, 2010

Ramadan ya Ramadan

Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar dah 10 hari kita kat sini berpuasa...... bermakna sudah 10 hari kita menahan diri kita dari segala macam dosa, pahala, keinginan dan sebagainya...... Aku jumpa artikel ni ketika sedang melayari laman-laman yang ada d nternet.... so aku nak share lah ngan para pengunjung yang suka singgah kat blog aku ni...terimakasih.... jenguk2 lah selalu walaupun tak de cerita sensasi...hihihihi

Dalam mengerjakan ibadat puasa, kita disunatkan bersahur, sahur adalah satu amalan yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Adapun waktu bersahur bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dikatakan bersahur bahkan ianya cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur. Kita juga disunatkan melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada qadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat sebelum fajar. Namun segelintir umat Islam mengambil ringan dan enggan bersahur dengan alasan mengantuk dan letih. Perlu diingat bahawa di sebalik bersahur itu ada keberkatannya, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Abi Sahid Al-Khudri Radiallahuanhu telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur". (Riwayat Al-Imam Ahmad)Adapun keberkatan yang terdapat di sebalik bersahur itu di antaranya :

  • Mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
  • Memperolehi balasan dan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
  • Membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa kaum lain.
  • Menghalang perbuatan-perbuatan yang tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari.
  • Memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari.
  • Mengingatkan dan memberi peluang bagi orang yang terlupa melakukan niat puasa.
Mengenai makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sederhana, sesuai dengan kemampuan dan upaya masing-masing. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menjelaskan bahawa dengan hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat daripada bersahur. Jika terdapat buah kurma, maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman.

So dari rencana d atas, bermaksud kita perlu bangun untuk bersahur walaupun sekadar minum......

Sekian....Selamat membaca

Senyum dan ceria selalu,

Wednesday, August 11, 2010

Alhamdullillah , Ramadan datang lagi

Assalam semua,

Ramadan datang lagi....Bulan yang ditunggui oleh semua orang.....
bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Bulan yang dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan syaitan-syaitan dirantai. Bulan inilah yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh hamba-hamba Allah yang hidupnya sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Pada bulan inilah umat Islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".

Puasa di bulan Ramadhan dan ibadat-ibadat yang dikerjakan di bulan tersebut dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan ganjaran yang amat besar, yang tidak diperolehi di bulan-bulan lain. Maka rugilah bagi mereka yang mensia-siakannya. Kerana itu bagi mereka yang mengetahui rahsia di sebalik bulan puasa itu, setentunya tidak akan melepaskan peluang merebut pahala yang dijanjikan dengan memperbanyakkan amal ibadat seperti bertedarus Al-Qur'an, memperbanyakkan amalan sedekah, mengeluarkan zakat, memperbanyakkan zikir, beristighfar, melakukan sembahyang-sembahyang sunat dan sebagainya, terutamanya sembahyang sunat terawih dan sunat witir yang amat dituntut dan afdal dilakukan secara berjemaah. Dalam mengerjakan secara berjemaah, ianya sewajarnya dikerjakan secara sederhana iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, yang penting sembahyang itu dikerjakan dengan sempurna mengikut rukun-rukun dan sunat-sunat serta syarat-syarat sah sembahyang mengikut hukum syarak.

lngatlah menggembirakan hati orang yang susah itu tidak sia-sia tetapi dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Banyakkanlah amalan bersedekah terutamanya di bulan Ramadhan. Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahuanhu maksudnya :

"Adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu manusia yang paling baik (pemurah) dengan membuat kebajikan dan Baginda paling pemurah di bulan Ramadhan". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Jadikanlah kedatangan setiap Ramadhan sebagai penggerak yang membawa perubahan besar kepada diri kita sehingga menjadi seorang yang mampu melawan godaan hawa nafsu dan segala pujukkan syaitan yang hanya melalaikan dan menutup hati kita dari mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Kepada semua sahabat, teman dan saudara sesama ku, "Selamat Menyambut Ramadan " di tahun ini.....













Salam sayang dan ceria selalu,



Sunday, August 1, 2010

Bulan Syaaban

Assalamualaikum semua,

Saja nak share mengenai bulan Syaaban ini lagi. ...... kerana rasanya sekejap saja bulan Syaaban ini
nak sampai ke penghujungnya...bererti tidak lama lagi menjelmalah bulan Ramadan pula. Di mana, bulan ini lah yang kita tunggu kan..... oh ya..kita lupakan dulu bulan Ramadan tu....

Marilah kita baca dan renungkan bersama,

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:

“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

bermaksud : ” Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam lauttersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap- sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Bacalah...semuga kita semua mendapat manfaatnya.......

salam dan ceria selalu,