Salam semua,
Baru hari ini aku ada masa untuk berkongsi cerita dengan teman2 kat sini....Walaupun aku sudah jarang kat blog ni...namun ingatan tetap pada anda semua.... Jadi, malam ni aku cuma nak kongsi apa yang aku buat pada minggu ni...
Minggu ni, giliran aku dan kawan2 ku di sekolah untuk menyediakan apa2 hidangan atau masakan buat teman sekerja yang lain.... Kami telah bersama-sama mengumpulkan duit untuk makanan tersebut. Jadi aku sebagai yg lebih senior dan minat memasak, menjadi tukang masak
tak resmi....
Hari Isnin : aku buat spaghetti..... kuahnya aku buat sendiri..bukan guna yg dalam paket...
Hari Selasa : aku buat nasi putih, ayam goreng atau daging rendang, sambal udang kering /pusu
sebelah tengahhari masak menu lain pula : ayam kurma, nasi briyani, dging rendang dan acar... di bawah beberapa gambar yang sempat aku ambik.....
.
Tadi : aku hanya memasak 2 jenis mee, mee kuning halus dan mee kuning tebal [ kedua2nya cap
udang]
Besok : aku hendak memasak , ayam dgn sosnya, sayur dan telur masak merah.....
Hari Sabtu : nsya allah dalam perancangan nak buat : kuah kari ayam dengan kelupis [ tempah]
Hemmm, tu dia masakan aku untuk minggu ini... Mudah-mudahan besok dan hari sabtu akan berjalan dengan lancar dan baik....
Pada siapa2 nak mencuba silakan lah ye....jgan malu2.....hihihii
Senyum dan ceria selalu ,
No comments:
Post a Comment