new

Friday, July 23, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life

Assalamualaikum semua,

Dah lama dah lagu ni selalu aku dengar kat radio...baru malam ni aku tercari dan mendengar sehingga selesai...... Aku suka ngan lagu ni terutama liriknya....... walaupun penyanyi lelaki dan dia sebut perkataan "isteri" tapi bila di fikir dan di baca lirik nya dengan penuh tumpuan...... u all will know what l mean................

So, enjoy.........


Monday, July 12, 2010

Bulan Syaaban

Assalam,

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula : Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemulian dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya : "Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya : "Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Salam dan ceria selalu,

Terkenang suatu ketika dulu

Assalamualaikum,

Oh ya...apa aku nak buat kat sini ye.... Hemmm, tetiba aku teringat perbualan aku dengan anak aku yang kecil tu...Hanan...but it was a long time ago......

Hanan pernah tanya aku, " Mummy, kalau mummy tua berapa tah umur mummy tu?" dan aku pun jawab "60 or 70 or even better 90 tahun........ atupun kalau Tuhan mahu....." .

Lalu Hanan tanya lagi, " Mummy, kalau org tua ani nda mati kan ertinya kalau mummy tua mati tah tu mummy ah..."..... aku hanya mampu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dan tersenyum..... tp aku saja nak kacau anak aku....aku tanya dia balik, "kalau mummy mati, Hanan macamana?"...guess then apa dia jawab..."Eh, Hanan sudah basar kali ah"... aku pun apalagi senyum saja...~toink~ toink~ dan berkata tp dalam hati aku berdoa semuga aku dan hubby ku akan dapat melihat anak ku ini membesar......

Ni pun satu lagi perbualan aku dengan anak aku Zawanah. Masa tu, dia masih kecil dan ketika itu kami di dalam kapal terbang, ntah dalam perjalanan ke mana........

Mula2 dia tanya, "Mama, macamana kan kapal ani buleh di atas ani?" so aku jawab juga....." Memang begini kapal ni di cipta, kenapa?...... Lalu dia jawab dengan selamba, "kalau kapal ani meletup macamana?....ada ke superman nak selamatkan kita?....." Dalam hari aku berdoa, "Ya Allah, di minta jauhkan segala bahaya".... kalau lah dia tahu keadaan kapal terbang meletup,bagaimanakah rasanya, mesti dia tak akan tanya soalan mcm tu...aduhai...anakku...

Salam dan ceria selalu,

Sunday, July 11, 2010

Terbalaskah segala jasa ibu bapa?

Assalamualaikum,

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata "Kasih ibu membawa ke syurga" yg sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu adalah kesinambungan daripada sabda Rasullillah Shallallahu 'alaihi wasallam yg bermaksud : "Syurga di bawah telapak kaki ibu"

Pepatah ada mengatakan: "Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang galah". Menjelaskan bahawa kasih ibu bapa terhadap anaknya lebih tinggi berbanding kasih anak kepadanya. Kasih sayang mereka tidak akan mudah luntur terhadap anak-anak mereka. Akan tetapi kasih anak terhadap ibu bapanya tidak berapa mendalam dan masanya bersifat sementara.

Disebabkan perasaan sayang ibu bapa terhadap anak, mereka lebih mengutamakan anak berbanding diri sendiri. Mereka sanggup berkorban apa sahaja termampu demi anak-anak. Contohnya jika terdapat makanan yang hanya cukup untuk seorang, ibu bapa sanggup membiar diri sendiri berlapar asalkan anak mendapat makanan. Kalau anak sakit dan memerlukan perhatian dan pengurusan, ibu bapa rela tidak tidur malam, demi untuk tidak kisah memakai pakaian yang lama asalkan anaknya memakai pakaian yang cantik dan baru. Manakala dari segi pendidikan, ibu bapa menginginkan supaya anaknya itu mendapat pendidikan yang baik dan jauh lebih tinggi dari dirinya.

Sungguh besar jasa kedua ibu bapa kita terhadap diri kita sehinggakan di dalam hadis riwayat Imam Muslim dari ABu Hurairah, Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yg bermaksud :
Seorang anak tidak dikira dapat membalas kebaikan bapanya, melainkan jika mendapati bapanya menjadi hamba ( kepada seseorang), kemudian dia membelinya dan memerdekakan bapanya itu.

Jelaslah bahawa kebaikan yg dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil dan tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun anak berbakti sepanjang hayatnya.

Sekian......... Untuk renungan kita bersama...........

Salam dan ceria selalu,

Saturday, July 10, 2010

Kue Tiaw Basah

Assalamualaikum,

Kelmarin tengah hari aku buat Kueh Tiaw Baah...itu pun dah beberapakali anak aku request dan atas rasa bersalah n terpaksa...hihihiihi aku buatkan juga....... So ni lah dia....


Mee gorengnya yang telah awal ku goreng..........

Kuahnya yang telah siap........... campuran : fish cake, fresh prawn, ayam [ bone ], sayur, lobak
Hem...pada sesiapa nak cuba silakan......sedap jika buat sendiri.....

Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hannan

Friday, July 9, 2010

Israk Mikraj

Assalamualaikum semua,

Marilah kita renungkan bersama,

ISRAK MIKRAJ RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan yang mulia dalam Islam. Dalam bulan ini telah mencatatkan satu sejarah penting bagi seluruh umat Islam iaitu berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada 27 Rejab. Oleh itu pada setiap menjelang hari tersebut, seluruh umat Islam meraikannya dengan rasa syukur dan gembira bagi mengingati peristiwa yang menakjubkan dan luar biasa tersebut. Ini termasuklah juga negara kita Brunei Darussalam yang meraikannya pada setiap tahun dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu dan keagamaan.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan anugerah Allah Subhanahu Wata'ala kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan anugerah ini merupakan antara mukjizat terbesar Baginda yang tidak pernah dikurniakan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya. Peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu peristiwa ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran manusia. Israk dan Mikraj ialah peristiwa dimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diisrakkan (diperjalankan) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin dan telah dimikrajkan (dinaikkan) ke langit menuju ke Sidratul Muntaha dalam waktu yang singkat iaitu hanya sepertiga malam. Jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan Masjid Al-Aqsa adalah jauh, lebih-lebih lagi naik ke langit hingga ke langit yang ketujuh. Dalam peristiwa tersebut Baginda juga diperlihatkan pelbagai kejadian luar biasa antaranya nikmat syurga dan azab api neraka.

Namun sebagai umat Islam, kejadian luar biasa itu merupakan suatu yang tidak mustahil terjadi, ia berlaku dengan Kehendak dan Kekusaan Allah Subhanahu Wata'ala. Akan tetapi perkara inilah yang menjadi dugaan dan cabaran bila mana Baginda menceritakan pengalamannya itu kepada penduduk Mekah dengan harapan golongan kafir Quraisy akan beriman kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana peristiwa tersebut berlaku di luar logik akal dan luarbiasa, maka ada di antara penduduk Mekah yang tidak yakin dengan kebenaran peristiwa tersebut sehingga mereka mengatakan Baginda adalah seorang pendusta. Walau bagaimanapun terdapat juga di kalangan para sahabat yang tetap teguh imannya dan mempercayai apa jua yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, antaranya Sayidina Abu Bakar As Siddiq.

Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj telah disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Israa' ayat 1 tafsirnya :

"Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) pada malam hari daripada Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya Kekuasaan dan Kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Sebelumnya berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda benar-benar berada dalam kesedihan. Baginda kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi iaitu isteri Baginda Sayidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda iaitu Abu Talib. Wafatnya Sayidatina Khadijah bukan sekadar kehilangan seorang isteri yang telah menumpahkan taat setia, kasih sayang dan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi kepayahan dan penderitaan hidup bersama Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tetapi Sayidatina Khadijah juga merupakan sumber kekuatan serta inspirasi dalam perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengembangkan dakwah Islam.

Demikian juga dengan kewafatan bapa saudara Baginda Abu Talib yang merupakan orang kuat yang melindungi dan membela Baginda daripada ancaman orang kafir Quraisy. Ini kerana kedudukan Abu Talib sebagai orang yang disegani di kalangan bangsa Arab sehingga orang kafir Quraisy tidak berani menganggu� Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara terang-terangan. Namun setelah kewafatannya, orang kafir Quraisy berani menganggu dan mengancam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merasakan pergerakan dakwah di Mekah semakin sempit, Baginda meluaskan dakwah ke Taif. Namun penduduk Taif bukan sahaja menolak dakwah Baginda bahkan melemparkan pelbagai cacian, penghinaan dan penganiayaan terhadap Baginda. Dalam keadaan kesedihan yang dihadapi, maka Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan Malaikat Jibril Alaihissalam membawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diisrak dan dimikrajkan.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, terdapat beberapa hikmat yang boleh dijadikan pengajaran yang amat berguna sekali untuk umat Islam antaranya ialah :

Pertama : Agar manusia sentiasa mewujudkan hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala, dikala senang dan susah. Ini kerana hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang mampu memberi pertolongan dan menghilangkan rasa kesedihan dan kesusahan dalam diri manusia. Sebagaimana kita lihat sejarah sebelum terjadi Israk dan Mikraj, Baginda telah ditimpa musibah tetapi Baginda tetap meneruskan dakwah dalam menyebarkan agama Islam. Ia memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi ketika menerima ujian yang berupa musibah dan kepayahan dan sebagainya.

Kedua : Peristiwa Israk dan Mikraj itu juga adalah untuk memperlihatkan akan kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala sebagai pencipta agar keyakinan terhadap Kekuasaan-Nya benar-benar tumbuh dalam jiwa manusia.

Ketiga : Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah dibawa melihat keadaan syurga dan neraka. Di dalam syurga Baginda melihat kenikmatan yang bakal diperolehi oleh hamba-hamba Allah yang beriman. Manakala di dalam neraka pula Baginda menyaksikan pelbagai bentuk penyeksaan yang amat dahsyat lagi mengerikan yang disediakan untuk orang-orang yang menlanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala.

Sebenarnya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyaksikan banyak kejadian yang bakal diterima oleh manusia berdasarkan amal perbuatan yang dilakukan semasa hayat di dunia. Ada yang menerima kenikmatan di dalam syurga dan ada pula yang menerima penyeksaan di dalam neraka. Adapun antara kenikmatan di dalam syurga yang diperlihatkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah mengenai segolongan orang menanam benih padi, pada ketika itu juga ia akan membuahkan hasil dan kejadian itu akan berlaku secara berterusan. Itulah ganjaran yang bakal diperolehi oleh orang yang suka mengimpakkan (membelanjakan) harta bendanya di jalan Allah. Selain itu Baginda juga tercium bau yang sangat harum dan Jibril menjelaskan bahawa itu adalah bau Mashitah yang telah rela mengorbankan diri demi mempertahankan akidah dan keimanan terhadap Allah Subhanahu Wata'ala.

Manakala di dalam neraka pula, Baginda melihat banyak kejadian ngeri yang merupakan balasan bagi orang-orang yang membuat dosa, antaranya Baginda melihat segolongan orang yang memukul-mukul kepala mereka sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu, kepala itu akan bercantum semula dan kembali seperti sediakala. Kemudian mereka memukul kepala lagi hingga hancur dan kejadian itu akan terus berlaku secara berulang-ulang. Azab tersebut adalah bagi orang yang suka melengah-lengahkan sembahyang sehingga habis waktu sembahyang.

Selain itu Baginda juga menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging salah seorang daripada mereka, kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang daripada mereka itu dan berkata kepadanya, 'Makanlah sepertimana aku makan'. Itu adalah gambaran bagi orang yang mengumpat, pencela serta pengadu domba.

Sebenarnya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyaksikan banyak kejadian yang bakal diterima oleh manusia akibat dari perbuatan yang tidak mengikut dan mematuhi perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Kalau difikirkan, semua kejadian yang telah diperlihatkan itu patut menjadi iktibar dan peringatan kepada kita supaya sentiasa berpegang kepada ajaran agama Islam. Tidak dinafikan kita tidak terlepas dari membuat kesilapan kerana itulah kita wajib bertaubat dan menginsafi apa jua perbuatan yang melanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun kepada hamba-hamba-Nya.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari gambaran-gambaran yang diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu sebagai panduan dan pembimbing menuju kebaikan dan kesempurnaan, semoga dengan demikian kita selamat dari segala bencana dan malapetaka dunia dan selamat dari azab api neraka.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Israa' ayat 20 tafsirnya :

"Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan Ilmu-Nya dan Kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut dengan berbagai-bagai amaran maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau".




Monday, July 5, 2010

My Nephew Wedding 4 July 2010

Assalamualaikum semua,

Hari ini hari perkahwinan my nephew...yg pertama in my family...

Ni lah dia wajah pengantinnya...my nephew



The Bridegroom n the bride

Suka-suka....with my babu2....

My Family
Hem...tu jer.......

Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hannan

Saturday, July 3, 2010

Renungan bersama

Assalamualaikum semua,


Untuk renungan kita bersama seterusnya :

Galakkan memilih pasangan berdasarkan agama dan akhlaknya
Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puas hati dengan akhlaknya dan agamanya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan, maka akan berlaku fitnah di atas muka bumi, dan kerosakan yang berpanjangan".

Galakkan Mendidik Anak
Diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi, dari Jabir bin Samurah bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Seandainya seorang lelaki itu dapat mengajar anaknya itu adalah lebih utama daripada dia bersedekah dengan satu sha' ".

Kelebihan Mengajarkan Kebaikan
Hadis daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah, seluruh malaikat-Nya dan penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang ada di liangnya dan ikan yu, semuanya memohonkan rahmat kepada seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia". (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi)


Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hannan