new

Tuesday, July 21, 2009

Aktiviti dan menu ku.........

Salam semua,

Kali aku nak cerita sikit tentang apa yang aku buat bersama keluarga ku.....

Oh.... Pada hari Ahad, hubby, aku dan Hanan pergi ke majlis perkahwinan..... Gambar Hanan ni aku ambil sebelum kami ke majlis perkahwinan....aku suka dgn gambar Hanan ni..... dengan selamba je dia pakai kacamata dan suruh aku ambil gmbar dia...hemmm anak ku....



Selepas tu sebelah malam pergi k rumah mentua, kerana adik hubby aku mengadakan barbeque..... Hemmm, lupa pula aku nak ambil gambar..... tp kami disediakan dengan ayam/ daging kambing/ sausage/ crab stick yang semuanya disalai............. sedap........ tp Hanan ada satu pertanyaan...... Hanan tanya kat adik hubby aku tu...katanya mana dia barbienya?.....hahaha

Oh ya beberapa hari yang lalu aku berpuasa dengan anak ku......so setiap kali berbuka aku akan memasak makanan yg kadang2 atas permintaan anak ku.....So di sini aku tunjuk dan share apa yang aku buat............

Pada hari pertama, aku buat Laksa Johor yang aku lihat dari blog UR, thnx for sharing......... aku cuma gunakan Laksa Johor dalam paket dan bahan2 yang lain aku cuma tambahkan........aku juga masak roti jala, tp lupa nak ambil gambarnya dan aku juga sediakan ayam kari untuk roti jala tersebut.dan hasilnya :hubby dan anak2 ku cakap...memang sedap.......

Hari yang kedua aku sediakan tumpi [ yg dibuat dari tepung/ air / sedikit planta ] biarkan dulu...kalau hendak makan baru lah di roll dgn roll......jadikan ia bulat... Tumpi ni aku sediakan dengan kuah kicap..... aku juga buat daging rendang yg aku ikut resepinya dari buku.....tp sedap tau..... dagingnya aku cuma potong nipis, kemudian digoreng dgn api yg sederhana dlm masa 15 minit...selepas itu toskan minyaknya dan ketika ia masih panas tu di ketuk-ketuk.......oh ya sebelum itu daging tadi diperap dengan kicap soya pekat.....selama 1 jam.....
hasilnya : setelah digoreng....

Ini pula daging yang diperap....
dan hasilnya :
Kelmarin, aku hanya membuat nasi dari beras pulut, sambal pusu dan telur rebus. Aku tidak membuat kuih kerana aku telah diberi 2 jenis kuih oleh kawan2 kat sekolah. Hemmm lupa pula akku nak ambik gambar ye...... tp anak ku minta aku masak udang, so aku cuma buat udang bersalut tepung......Itu lah saja yang aku buat beberapa hari yang lalu........

Oh ya satu lagi aku nak cerita sikit, ni mengenai kebun yang aku dan teman kat sekolah buat..... kalau beberapa n3 yang lalu..aku telah post gambar keadaan kebun yang sudah berkembang, sekarang kebun tu dah semakin cantik dengan bunga-bunganya yang segar dan berwarna-warni serta konsep yang kami gunakan hijau....... aku sebenarnya sungguh gembira melihat bunga-bunga ini walaupun sekarang aku hanya jadi pemerhati saja....... gambar ini aku ambik dari sudut atas..... tp sayang tidak begitu clear.....

Senyum dan ceria selalu,

3 comments:

IxoR@ said...

Salam mummy,

lama tak tengok mummy wat entri memasak...lepas rindu bila ada entri nih.

sedap sedap.....

iza~de~bintang said...

jalan malam2...huhu rasa lapar pulak tengok makanan tu...sluurrppp :D

Mummy Hanan said...

Salam,

Ixora : akk dah lama tak jenguk blog awak...sori mori ye...akk nie tlmpau buzy sangat...[ mcmlah menteri] hehehehe nanti lah akk berkunjung...

iza : nantilah kat sini akk bawa jln2 cari makan...hehehe