new

Friday, August 28, 2009

Berbuka ke 5 dan Ke 6

Salam semua, Puasa ke 5, kami sekeluarga tidak jadi makan-makan kat luar, so..memandangkan jam dah pukul 4 ptg.aku buat masakan yang aku rasakan ringkas dan mudah disediakan.... Apalagi aku pun beroperasi di dapurku....... Menu ku hari ini : Nasi minyak
Ayam Rendang

Sayur Pucuk [ tak ambil gambar....lupa ]

Untuk kuih aku telah menyediakan makanan kegemaran anak2 ku iaitu : Crab stick yang ku salut dengan roti , dicelup dengan telur dan ditaburi lagi ngan bread crumb......

dan aku juga telah membuat cucur udang tp lupa pula nak gambar...sebab nak cepat di makan......hehehe

Oh ya, kelmarin....alhamdulillah, hubby bawa aku dan anak-anak untuk bersungkai di sebuah restoran...... Masa kami sampai kat sana, hujan turun, nasib baik tidak lebat...... sebab aku cakap ngan hubby sewaktu dia book tempat utk kami, aku nak makan kat luar saja.......huhuhu, nasib baik juga tempat yg diberi bukan tempat yang mudah terkena hujan........ Sebelum itu, sempat lagi anak-anak berposing.....hehehe buang waktu...kerana datang awal.... konon nak elakkan berebut......
Beberapa jenis makanan yang kami sekeluarga makan....... oopp sori, bukan cucur keladi tapi cucur ubi manis.
Spaghetti yang diambil oleh anakku...konon hendak di makan...apabila dirasa ia terlalu masam.... apalagi anakku tak jadi lah.... [ satu pembaziran...hemmm.....]
So, gambar di bawah pula ialah gambar-gambar makanan yang di makan oleh anak ku Hayani, Zawanah dan aku sendiri.......
Salad dari buah-buahan dalam tin..... sedap juga....
hem, hari nie kena masak sendiri....... tengok lah apa lagi yang hendak ku masak....aku kena fikir dulu....tp anak2 ku dah cakap kat aku nak berbuka kat rumah nenek mereka..... apa apa lah.....

p/s : utk hubby.....thx u krn bawa aku dan anak2 berbuka kat luar.....bila lagi?.... sayang hubby...hehehe

Jumpa lagi.....

Senyum dan ceria selalu,