new

Sunday, August 23, 2009

Menu untuk bersungkai......

Salam semua,

Hari Khamis, anak bulan dikatakan tidak nampak...bermakna hari Sabtu semua rakyat di NBD ini memulakan awal Ramadannya.... Oleh kerana, malam Jumaat aku dan hubby tidak dapat membawa Liyana untuk makan di luar atas sebab ada jemputan...so, hubby n aku pun bawa semua anak2 ku untuk makan2 kat luar....Anakku ini ingin makan "Ambuyat " katanya.....

Ambuyat [ dimakan menggunakan candas] dan ikan goreng.....


Disini dipanggil "cacah" atau dimakan bersama ambuyat tadi... yummy..

Daging masak tumis.....
Oh ya, untuk permulaan berbuka puasa ini, aku hanya memasakkan anak2 ku " Nasi Briyani Udang".....
Alhamdullillah semua anak ku makan kecuali anak lelaki ku kerana tidak suka sea food...

Hari nie, aku mencuba membuat pulut panggang yang ku letak inti udang hidup..... bahan2 yg diperlukan, beras pulut yang dimasak bersama air / daun pandan...., udang yang telah dimasak dengan ubi kentang......
Caranya: Beras yg telah masak diletak atas daun pisang, diratakan kemudian ditengah di letak intinya..... kemudian gulung....... setelah selesai, bakar sekejap atas api....

Beras pulut yang telah masak

Inti : udang hidup
Hasilnya : setelah digulung...
Atas permintaan anakku Hayani yg hendak makan "Nasi Pattaya", aku pun buatkan untuknya...
Nasi Pattaya ini bermaksud; di dalam nasi goreng, tak kira lah sea food or ayam/daging. Yang penting di luarnya kita balutkan nasi goreng tadi dengan telur dadar....

Inilah nasi goreng Pattaya hasil dari ku. Sori..nasi gorengnya tak nampak...heheheHemm, itu saja menu ku untuk dua hari berlalu.....Sok aku kena tanya anak2 ku mereka nak makan apa?...harap2 janganlah yang susah2....

Apa pa pun, selamat menikmati berbuka or kalau kat sini 'bersungkai' dan bersahur....

Senyum dan ceria selalu,

3 comments:

IxoR@ said...

Mummy,

Ambuyat tu apa ye...? Tak berapa jelas la...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

sedapnye akk..aritu akk ckp nak bwk anak2 dtg kl jd ker?

Mummy Hanan said...

Salam,

Ixora: ambuyat tu dari sagu.tp tak tau pula kat sana ada ke tak? cara membuatnya sagu tu ditumpah dengan air yg panas dan dikacau sehingga menjadi spt gam..[ hahaha]... lepas tu boleh lah di makan.... sagu yg telah siap tu lah yg dinamakan ambuyat....

Fatahiyyah: nsya allah, mungkin jd..[ ini terpulang pd hubby akk, sbb dia yg belanja...hehehehe].. akk tau ikut je... tp tiket akk dah beli]... ~wink~