new

Friday, August 20, 2010

Ramadan ya Ramadan

Assalamualaikum semua,

Sedar tak sedar dah 10 hari kita kat sini berpuasa...... bermakna sudah 10 hari kita menahan diri kita dari segala macam dosa, pahala, keinginan dan sebagainya...... Aku jumpa artikel ni ketika sedang melayari laman-laman yang ada d nternet.... so aku nak share lah ngan para pengunjung yang suka singgah kat blog aku ni...terimakasih.... jenguk2 lah selalu walaupun tak de cerita sensasi...hihihihi

Dalam mengerjakan ibadat puasa, kita disunatkan bersahur, sahur adalah satu amalan yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Adapun waktu bersahur bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dikatakan bersahur bahkan ianya cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur. Kita juga disunatkan melambatkan sahur sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada qadar membaca lima puluh atau enam puluh ayat sebelum fajar. Namun segelintir umat Islam mengambil ringan dan enggan bersahur dengan alasan mengantuk dan letih. Perlu diingat bahawa di sebalik bersahur itu ada keberkatannya, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya :

"Dari Abi Sahid Al-Khudri Radiallahuanhu telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur". (Riwayat Al-Imam Ahmad)Adapun keberkatan yang terdapat di sebalik bersahur itu di antaranya :

  • Mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
  • Memperolehi balasan dan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
  • Membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa kaum lain.
  • Menghalang perbuatan-perbuatan yang tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari.
  • Memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari.
  • Mengingatkan dan memberi peluang bagi orang yang terlupa melakukan niat puasa.
Mengenai makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sederhana, sesuai dengan kemampuan dan upaya masing-masing. Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri menjelaskan bahawa dengan hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat daripada bersahur. Jika terdapat buah kurma, maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman.

So dari rencana d atas, bermaksud kita perlu bangun untuk bersahur walaupun sekadar minum......

Sekian....Selamat membaca

Senyum dan ceria selalu,

Wednesday, August 11, 2010

Alhamdullillah , Ramadan datang lagi

Assalam semua,

Ramadan datang lagi....Bulan yang ditunggui oleh semua orang.....
bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah Subhanahu Wata'ala. Bulan yang dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan syaitan-syaitan dirantai. Bulan inilah yang dirindui dan dinanti-nantikan oleh hamba-hamba Allah yang hidupnya sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Pada bulan inilah umat Islam diwajibkan berpuasa sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa".

Puasa di bulan Ramadhan dan ibadat-ibadat yang dikerjakan di bulan tersebut dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan ganjaran yang amat besar, yang tidak diperolehi di bulan-bulan lain. Maka rugilah bagi mereka yang mensia-siakannya. Kerana itu bagi mereka yang mengetahui rahsia di sebalik bulan puasa itu, setentunya tidak akan melepaskan peluang merebut pahala yang dijanjikan dengan memperbanyakkan amal ibadat seperti bertedarus Al-Qur'an, memperbanyakkan amalan sedekah, mengeluarkan zakat, memperbanyakkan zikir, beristighfar, melakukan sembahyang-sembahyang sunat dan sebagainya, terutamanya sembahyang sunat terawih dan sunat witir yang amat dituntut dan afdal dilakukan secara berjemaah. Dalam mengerjakan secara berjemaah, ianya sewajarnya dikerjakan secara sederhana iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, yang penting sembahyang itu dikerjakan dengan sempurna mengikut rukun-rukun dan sunat-sunat serta syarat-syarat sah sembahyang mengikut hukum syarak.

lngatlah menggembirakan hati orang yang susah itu tidak sia-sia tetapi dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Banyakkanlah amalan bersedekah terutamanya di bulan Ramadhan. Inilah yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas Radiallahuanhu maksudnya :

"Adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu manusia yang paling baik (pemurah) dengan membuat kebajikan dan Baginda paling pemurah di bulan Ramadhan". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Jadikanlah kedatangan setiap Ramadhan sebagai penggerak yang membawa perubahan besar kepada diri kita sehingga menjadi seorang yang mampu melawan godaan hawa nafsu dan segala pujukkan syaitan yang hanya melalaikan dan menutup hati kita dari mengingati Allah Subhanahu Wata'ala.

Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

Kepada semua sahabat, teman dan saudara sesama ku, "Selamat Menyambut Ramadan " di tahun ini.....













Salam sayang dan ceria selalu,



Sunday, August 1, 2010

Bulan Syaaban

Assalamualaikum semua,

Saja nak share mengenai bulan Syaaban ini lagi. ...... kerana rasanya sekejap saja bulan Syaaban ini
nak sampai ke penghujungnya...bererti tidak lama lagi menjelmalah bulan Ramadan pula. Di mana, bulan ini lah yang kita tunggu kan..... oh ya..kita lupakan dulu bulan Ramadan tu....

Marilah kita baca dan renungkan bersama,

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda:

“Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.” Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

bermaksud : ” Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.”

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam lauttersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap- sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya. Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat. Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat. Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Bacalah...semuga kita semua mendapat manfaatnya.......

salam dan ceria selalu,

Friday, July 23, 2010

Maher Zain - For The Rest Of My Life

Assalamualaikum semua,

Dah lama dah lagu ni selalu aku dengar kat radio...baru malam ni aku tercari dan mendengar sehingga selesai...... Aku suka ngan lagu ni terutama liriknya....... walaupun penyanyi lelaki dan dia sebut perkataan "isteri" tapi bila di fikir dan di baca lirik nya dengan penuh tumpuan...... u all will know what l mean................

So, enjoy.........


Monday, July 12, 2010

Bulan Syaaban

Assalam,

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua.

Sebahagiannya pula mengatakan sebab diertikan demikian kerana ia sebagai pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.

Menurut Yahya bin Mu'adz pula : Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemulian dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.

Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Mereka menjawab : "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui". Baginda bersabda : "Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Keutamaan Bulan Syaaban

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha, dia telah berkata yang maksudnya : "Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasas ebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukkan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain dari bulan Ramadhan.

Selain dari itu, Rasulullah SAW pernah mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi-nabi yang lain. Sabda Baginda yang maksudnya : "Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Amalan-amalan di bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.

Salam dan ceria selalu,

Terkenang suatu ketika dulu

Assalamualaikum,

Oh ya...apa aku nak buat kat sini ye.... Hemmm, tetiba aku teringat perbualan aku dengan anak aku yang kecil tu...Hanan...but it was a long time ago......

Hanan pernah tanya aku, " Mummy, kalau mummy tua berapa tah umur mummy tu?" dan aku pun jawab "60 or 70 or even better 90 tahun........ atupun kalau Tuhan mahu....." .

Lalu Hanan tanya lagi, " Mummy, kalau org tua ani nda mati kan ertinya kalau mummy tua mati tah tu mummy ah..."..... aku hanya mampu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dan tersenyum..... tp aku saja nak kacau anak aku....aku tanya dia balik, "kalau mummy mati, Hanan macamana?"...guess then apa dia jawab..."Eh, Hanan sudah basar kali ah"... aku pun apalagi senyum saja...~toink~ toink~ dan berkata tp dalam hati aku berdoa semuga aku dan hubby ku akan dapat melihat anak ku ini membesar......

Ni pun satu lagi perbualan aku dengan anak aku Zawanah. Masa tu, dia masih kecil dan ketika itu kami di dalam kapal terbang, ntah dalam perjalanan ke mana........

Mula2 dia tanya, "Mama, macamana kan kapal ani buleh di atas ani?" so aku jawab juga....." Memang begini kapal ni di cipta, kenapa?...... Lalu dia jawab dengan selamba, "kalau kapal ani meletup macamana?....ada ke superman nak selamatkan kita?....." Dalam hari aku berdoa, "Ya Allah, di minta jauhkan segala bahaya".... kalau lah dia tahu keadaan kapal terbang meletup,bagaimanakah rasanya, mesti dia tak akan tanya soalan mcm tu...aduhai...anakku...

Salam dan ceria selalu,

Sunday, July 11, 2010

Terbalaskah segala jasa ibu bapa?

Assalamualaikum,

Islam sangat menyanjungi jasa seorang ibu. Kata-kata "Kasih ibu membawa ke syurga" yg sering digunakan bagi menggambarkan kasih sayang seorang ibu adalah kesinambungan daripada sabda Rasullillah Shallallahu 'alaihi wasallam yg bermaksud : "Syurga di bawah telapak kaki ibu"

Pepatah ada mengatakan: "Kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang galah". Menjelaskan bahawa kasih ibu bapa terhadap anaknya lebih tinggi berbanding kasih anak kepadanya. Kasih sayang mereka tidak akan mudah luntur terhadap anak-anak mereka. Akan tetapi kasih anak terhadap ibu bapanya tidak berapa mendalam dan masanya bersifat sementara.

Disebabkan perasaan sayang ibu bapa terhadap anak, mereka lebih mengutamakan anak berbanding diri sendiri. Mereka sanggup berkorban apa sahaja termampu demi anak-anak. Contohnya jika terdapat makanan yang hanya cukup untuk seorang, ibu bapa sanggup membiar diri sendiri berlapar asalkan anak mendapat makanan. Kalau anak sakit dan memerlukan perhatian dan pengurusan, ibu bapa rela tidak tidur malam, demi untuk tidak kisah memakai pakaian yang lama asalkan anaknya memakai pakaian yang cantik dan baru. Manakala dari segi pendidikan, ibu bapa menginginkan supaya anaknya itu mendapat pendidikan yang baik dan jauh lebih tinggi dari dirinya.

Sungguh besar jasa kedua ibu bapa kita terhadap diri kita sehinggakan di dalam hadis riwayat Imam Muslim dari ABu Hurairah, Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yg bermaksud :
Seorang anak tidak dikira dapat membalas kebaikan bapanya, melainkan jika mendapati bapanya menjadi hamba ( kepada seseorang), kemudian dia membelinya dan memerdekakan bapanya itu.

Jelaslah bahawa kebaikan yg dilakukan oleh anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil dan tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun anak berbakti sepanjang hayatnya.

Sekian......... Untuk renungan kita bersama...........

Salam dan ceria selalu,

Saturday, July 10, 2010

Kue Tiaw Basah

Assalamualaikum,

Kelmarin tengah hari aku buat Kueh Tiaw Baah...itu pun dah beberapakali anak aku request dan atas rasa bersalah n terpaksa...hihihiihi aku buatkan juga....... So ni lah dia....


Mee gorengnya yang telah awal ku goreng..........

Kuahnya yang telah siap........... campuran : fish cake, fresh prawn, ayam [ bone ], sayur, lobak
Hem...pada sesiapa nak cuba silakan......sedap jika buat sendiri.....

Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hannan

Friday, July 9, 2010

Israk Mikraj

Assalamualaikum semua,

Marilah kita renungkan bersama,

ISRAK MIKRAJ RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM

MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan yang mulia dalam Islam. Dalam bulan ini telah mencatatkan satu sejarah penting bagi seluruh umat Islam iaitu berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada 27 Rejab. Oleh itu pada setiap menjelang hari tersebut, seluruh umat Islam meraikannya dengan rasa syukur dan gembira bagi mengingati peristiwa yang menakjubkan dan luar biasa tersebut. Ini termasuklah juga negara kita Brunei Darussalam yang meraikannya pada setiap tahun dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu dan keagamaan.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan anugerah Allah Subhanahu Wata'ala kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan anugerah ini merupakan antara mukjizat terbesar Baginda yang tidak pernah dikurniakan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul sebelumnya. Peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu peristiwa ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran manusia. Israk dan Mikraj ialah peristiwa dimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah diisrakkan (diperjalankan) dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin dan telah dimikrajkan (dinaikkan) ke langit menuju ke Sidratul Muntaha dalam waktu yang singkat iaitu hanya sepertiga malam. Jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan Masjid Al-Aqsa adalah jauh, lebih-lebih lagi naik ke langit hingga ke langit yang ketujuh. Dalam peristiwa tersebut Baginda juga diperlihatkan pelbagai kejadian luar biasa antaranya nikmat syurga dan azab api neraka.

Namun sebagai umat Islam, kejadian luar biasa itu merupakan suatu yang tidak mustahil terjadi, ia berlaku dengan Kehendak dan Kekusaan Allah Subhanahu Wata'ala. Akan tetapi perkara inilah yang menjadi dugaan dan cabaran bila mana Baginda menceritakan pengalamannya itu kepada penduduk Mekah dengan harapan golongan kafir Quraisy akan beriman kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh kerana peristiwa tersebut berlaku di luar logik akal dan luarbiasa, maka ada di antara penduduk Mekah yang tidak yakin dengan kebenaran peristiwa tersebut sehingga mereka mengatakan Baginda adalah seorang pendusta. Walau bagaimanapun terdapat juga di kalangan para sahabat yang tetap teguh imannya dan mempercayai apa jua yang disampaikan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, antaranya Sayidina Abu Bakar As Siddiq.

Sesungguhnya peristiwa Israk dan Mikraj telah disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Israa' ayat 1 tafsirnya :

"Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) pada malam hari daripada Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya Kekuasaan dan Kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Sebelumnya berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda benar-benar berada dalam kesedihan. Baginda kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi iaitu isteri Baginda Sayidatina Khadijah dan bapa saudara Baginda iaitu Abu Talib. Wafatnya Sayidatina Khadijah bukan sekadar kehilangan seorang isteri yang telah menumpahkan taat setia, kasih sayang dan ketabahan yang luar biasa dalam menghadapi kepayahan dan penderitaan hidup bersama Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tetapi Sayidatina Khadijah juga merupakan sumber kekuatan serta inspirasi dalam perjuangan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengembangkan dakwah Islam.

Demikian juga dengan kewafatan bapa saudara Baginda Abu Talib yang merupakan orang kuat yang melindungi dan membela Baginda daripada ancaman orang kafir Quraisy. Ini kerana kedudukan Abu Talib sebagai orang yang disegani di kalangan bangsa Arab sehingga orang kafir Quraisy tidak berani menganggu� Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam secara terang-terangan. Namun setelah kewafatannya, orang kafir Quraisy berani menganggu dan mengancam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merasakan pergerakan dakwah di Mekah semakin sempit, Baginda meluaskan dakwah ke Taif. Namun penduduk Taif bukan sahaja menolak dakwah Baginda bahkan melemparkan pelbagai cacian, penghinaan dan penganiayaan terhadap Baginda. Dalam keadaan kesedihan yang dihadapi, maka Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan Malaikat Jibril Alaihissalam membawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam untuk diisrak dan dimikrajkan.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, terdapat beberapa hikmat yang boleh dijadikan pengajaran yang amat berguna sekali untuk umat Islam antaranya ialah :

Pertama : Agar manusia sentiasa mewujudkan hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala, dikala senang dan susah. Ini kerana hanya Allah Subhanahu Wata'ala sahajalah yang mampu memberi pertolongan dan menghilangkan rasa kesedihan dan kesusahan dalam diri manusia. Sebagaimana kita lihat sejarah sebelum terjadi Israk dan Mikraj, Baginda telah ditimpa musibah tetapi Baginda tetap meneruskan dakwah dalam menyebarkan agama Islam. Ia memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi ketika menerima ujian yang berupa musibah dan kepayahan dan sebagainya.

Kedua : Peristiwa Israk dan Mikraj itu juga adalah untuk memperlihatkan akan kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala sebagai pencipta agar keyakinan terhadap Kekuasaan-Nya benar-benar tumbuh dalam jiwa manusia.

Ketiga : Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah dibawa melihat keadaan syurga dan neraka. Di dalam syurga Baginda melihat kenikmatan yang bakal diperolehi oleh hamba-hamba Allah yang beriman. Manakala di dalam neraka pula Baginda menyaksikan pelbagai bentuk penyeksaan yang amat dahsyat lagi mengerikan yang disediakan untuk orang-orang yang menlanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala.

Sebenarnya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyaksikan banyak kejadian yang bakal diterima oleh manusia berdasarkan amal perbuatan yang dilakukan semasa hayat di dunia. Ada yang menerima kenikmatan di dalam syurga dan ada pula yang menerima penyeksaan di dalam neraka. Adapun antara kenikmatan di dalam syurga yang diperlihatkan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah mengenai segolongan orang menanam benih padi, pada ketika itu juga ia akan membuahkan hasil dan kejadian itu akan berlaku secara berterusan. Itulah ganjaran yang bakal diperolehi oleh orang yang suka mengimpakkan (membelanjakan) harta bendanya di jalan Allah. Selain itu Baginda juga tercium bau yang sangat harum dan Jibril menjelaskan bahawa itu adalah bau Mashitah yang telah rela mengorbankan diri demi mempertahankan akidah dan keimanan terhadap Allah Subhanahu Wata'ala.

Manakala di dalam neraka pula, Baginda melihat banyak kejadian ngeri yang merupakan balasan bagi orang-orang yang membuat dosa, antaranya Baginda melihat segolongan orang yang memukul-mukul kepala mereka sendiri sehingga hancur, akan tetapi selepas itu, kepala itu akan bercantum semula dan kembali seperti sediakala. Kemudian mereka memukul kepala lagi hingga hancur dan kejadian itu akan terus berlaku secara berulang-ulang. Azab tersebut adalah bagi orang yang suka melengah-lengahkan sembahyang sehingga habis waktu sembahyang.

Selain itu Baginda juga menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging salah seorang daripada mereka, kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang daripada mereka itu dan berkata kepadanya, 'Makanlah sepertimana aku makan'. Itu adalah gambaran bagi orang yang mengumpat, pencela serta pengadu domba.

Sebenarnya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyaksikan banyak kejadian yang bakal diterima oleh manusia akibat dari perbuatan yang tidak mengikut dan mematuhi perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Kalau difikirkan, semua kejadian yang telah diperlihatkan itu patut menjadi iktibar dan peringatan kepada kita supaya sentiasa berpegang kepada ajaran agama Islam. Tidak dinafikan kita tidak terlepas dari membuat kesilapan kerana itulah kita wajib bertaubat dan menginsafi apa jua perbuatan yang melanggar perintah Allah Subhanahu Wata'ala. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun kepada hamba-hamba-Nya.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari gambaran-gambaran yang diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu sebagai panduan dan pembimbing menuju kebaikan dan kesempurnaan, semoga dengan demikian kita selamat dari segala bencana dan malapetaka dunia dan selamat dari azab api neraka.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Israa' ayat 20 tafsirnya :

"Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia dengan Ilmu-Nya dan Kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut dengan berbagai-bagai amaran maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau".




Monday, July 5, 2010

My Nephew Wedding 4 July 2010

Assalamualaikum semua,

Hari ini hari perkahwinan my nephew...yg pertama in my family...

Ni lah dia wajah pengantinnya...my nephew



The Bridegroom n the bride

Suka-suka....with my babu2....

My Family
Hem...tu jer.......

Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hannan

Saturday, July 3, 2010

Renungan bersama

Assalamualaikum semua,


Untuk renungan kita bersama seterusnya :

Galakkan memilih pasangan berdasarkan agama dan akhlaknya
Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puas hati dengan akhlaknya dan agamanya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak kamu lakukan, maka akan berlaku fitnah di atas muka bumi, dan kerosakan yang berpanjangan".

Galakkan Mendidik Anak
Diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi, dari Jabir bin Samurah bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Seandainya seorang lelaki itu dapat mengajar anaknya itu adalah lebih utama daripada dia bersedekah dengan satu sha' ".

Kelebihan Mengajarkan Kebaikan
Hadis daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah, seluruh malaikat-Nya dan penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang ada di liangnya dan ikan yu, semuanya memohonkan rahmat kepada seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia". (Hadis riwayat Imam at-Tirmizi)


Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hannan

Wednesday, June 30, 2010

Iklan sebentar........

Assalamualaikum semua,

Hari ini aku membaca buku kegemaran ku selain dari novel2 cinta...... iaitu MASTIKA.... So aku nak share apa yang ada dalam buku ni...... cerita ini membuat aku senyum sendiri.....

Pengembaraan Kapten Jack

Seorang kelasi bertemu dengan Kapten Jack di sebuah bar. Mereka berbual mengenai dengan pengembarran mereka di lautan. Kelasi itu melihat KJ mempunyai kaki kayu, cangkuk d tangan dan menutup sebelah matanya. Lalu si kelasi tadi bertanya,
Bagaimana kaki awak boloeh tempang dan terpaksa memakai kaki kayu?
KJ membalas, "Masa tu d Lautan Atlantik, kami d landa ribut taufan. Kapal hampir terbalik dan saya jatuh ke atas sekumpulan jerung. Ketika saya ditaruk keatas, kaki saya telah dimakan oleh salah seekor jerung."
"wow!!!" kata kelasi kapal
"Bagaimana pula dengan tangan tu?"
"Masa tu kami sedang berperang dengan musuh. Musuh memakai pedang dan parang panjang. Salah seorang musuh telah memotong tangan saya, zaaassssss!" balas KJ.
"Hebat!!!!Bagaimana pula dengan mata tu?" soal si kelasi kagum.
"Oh.....mata ni terkena tahi burung..." jawab KJ mudah.
Kelasi hairan................
"Kapten hilang sebelah mata kerana terkena tahi burung?"
Lantas dengan ringkassnya KJ menbalas : "Ya, sebab hari tu hari pertama saya memakai tangan bercangkuk ni!!!.

Tu lah cerita yang aku ingin kongsi kat sini....Sekadar merehatkan minda....merilekkan mata.... hahahaha....

Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hanan

Friday, June 18, 2010

Perjalanan Ku

Assalamualaikum semua,

Baru 2 hari sja aku balik dari Tanah suci....... Terasa rindu kembali melanda..... terkenangkan apa yang aku buat di sana.....

Sebenarnya perjalanan ku kali ini banyak memberi aku pengalaman yang menarik. Sesungguhnya perjalanan ku kali ini banyak mengajar aku erti kesabaran. Di rumah Allah, aku telah banyak bertemu beribu2 orang yang tidak sama kulit / bangsa / percakapannya....... ada yang kasar / lembut/ pemarah tetapi satu hal yang amat ku kagumi setelah berada di dalam masjid...mana2 masjid, kita semua menjadi satu kumpulan manusia yang bersujud menghadap Tuhan yang satu......

Perjalanan ku ke Madinah....... Bersyukur sangat kerana aku dapat berjumpa semula dengan Junjungan Besar Kita....... Sungguhpun kawasan Raudhah telah dibatasi dengan kain2 rentang tp aku bersyukur kerana dapat bersembahyang / berdoa dgn keadaanya bersesak2 dengan berbagai bangsa. Namun atas kesabaran dan berkat doa, aku beroleh juga sedikit ruang utk ku menyampaikan salam bagi kekasih Allah. Semuga tahun hadapan aku dapat lagi menziarahinya....

Lawatan di sini : Kami dibawa ke Masjid Quba yang mana " sesiapa yang bersembahyang di Masjid ini, pahalanya sama seperti melakukan satu umrah"... kemudian kami juga di bawa ke ladang kurma..tp sayang buah kurma nya belum masak...masih ada yang berwarna hijau dan menurut salah seorang dari mereka, sebelum ramadan nsya allah buah kurma ini akan masak...
Seterusnya kami d bawa ke Makam salah seorang sahabat Rasullullah s.a.w dan yang yg terakhirnya kami di bawa ke salah satu tempat yang menurut mereka rugi kalau kita tak ke sana iaitu Jabal Maghnet...... di sini keajaibannya ialah di pertengahan jalanrayanya yang lurus itu, pemandu bas tidak perlu menekan minyak untuk menjalankan bas tersebut....seolah2 bas tersebut di tarik...bas tersebut boleh berjalan dng laju.


Cukuplah dulu catitan perjalanan ku kali ini......nsya allah akan disambung di lain hari dan ketika.......

Senyum dan ceria selalu,
Mummy Hanan

Tuesday, June 1, 2010

Saja-saja

Assalamualaikum semua,
Tak tahu nak tulis apa kat sini.... Cuma malam ni aku nak share gambar-gambar mengenai masakan ku yang ku simpan sejak beberapa bulan yang lalu.....kalau nak cuba silalah...cuma mungkin resepinya aku tak tulis....hihihii jgn mare ye......


Ayam goreng untuk di masak halia....maksudnya di goreng dulu

ni lah hasilnya : d goreng semula ngan halia.....
Ikan d salut ngan tepung jagung...lepas tu kalau nak sos/kuah buatlah.....
nasi briyani arab......sorri nampak macam biasa saja kan....
udang ntah apa2....aku just bagi bahan2 yg ada kat dapur aku..... tp yg ni aku guna sos tiram...
ayam masak merah...kegemaran anak ku......
daging rendang...resepinya aku dapat dari buku......
kupang , dibuka kulitnya dan aku masak tumis...
Oh yang ni pula...sja2 nak try piza dari roti....... ni pun aku dpt idea dari lihat blog orang...... terus je aku cuba.....hahaha tp sedap d makan jika masih panas...
ni pula isi ayam yg aku goreng salut ngan tepung jagung juga..... lepas tu buatlah kuah/sos...tp lebih sedap jika d bagi sos butter milk.....
hah...ni fav. my dear hubby....... timun, kasi telur dadar, bawang merah/putih, lada padi/thai yg pedas....n campur kacang tumbuk + cuka sikit...
oh ya..yg ni Ayam Briyani
kupang di rebus sahaja
Ketam masak kicap.....sja nak cuba ...hish....sedap juga...
Tu lah saja gambar yang aku sediakan....... nanti2 lagi aku upload kat sini....... kalau nak tenguk juga....rajin2 lah jenguk FB aku.....sekarang rajin pula upload kat sana,,,sbb nak kasi aku punya cazen2 tu jeles...hahaha jahatnya aku.....biar mrk semua marah pada aku......tp lepas tu kalau jumpa semua nak rasa..nak suruh aku bagi kat dorang....... ooopppppsss... hai terlajak kata pula aku....... jangan mare duhai cazens ku.......

salam dan senyum selalu,

Mummy Hanan

Monday, May 24, 2010

Assalamualaikum semua,

Dah lama rasanya aku tak buat apa2 kat sini....Jadi hari ni aku b
uatlah sedikit cerita tentang apa yang aku buat beberapa bulan yang lalu............ So sebagai permulaaan aku nak ucapkan terima kasih pada Suhana kerana beri aku kad ni walaupun terlambat tapi really appreciate it...bcause that's mean u remember me....hihihi
nyway... tu dulu buat permulaan....

Jumpa lagi..

Senyum dan ceria selalu,

Mummy Hanan

Sunday, March 14, 2010

Our Breakfast...

Assalamualaikum semua,

Pagi tadi, ntah kenapa...tiba-tiba teringin nak buat Bread Pudding untuk anak-anak aku.....so aku pun mula beroperasi kat dapur aku bermula jam 8.45......

Bahan-bahannya : 100 ml Full cream, 50 gm gula halus, 2 spoon of mayonese..... mix this ingredient.... [ this resepi only 4 1 portion] u can add up to many portion by adding all the ingredient....... put all the mixture nto the loyang....
Meanwhile..mix 1 nose og egg........ then pour the egg nto the loyang....but b4 that letak roti atas bahan tadiready to bake....... ni lah hasilnya..... Komen anak ku : sedap..... Oh ya...aku juga buat sauce 4 this bread pudding... my versi saja....
Bahannya : panas kan kuali, tuang susu kotak tadi...sehingga mendidih...add susu manis sedikit, kacau lagi...rasa...kalau mahu manis boleh add sugar sikit then f u all mau pekat just add corn flour......

Sambil2 menanti BP ku masak, aku menyediakan satu lagi menu iaitu : nasi kuning.....and aku juga menyediakan daging rendang....... saja2...suka-suka aku je untuk membuat...then setelah selesai...kami sekeluarga akan makan bersama...satu lagi kebiasaan yang aku ngan hubby amalkan.....memastikan semua anak kami ada makan bersama.......
Hemmm...... sungguh menyelerakan....hahaha sprti biasa aku puji diri aku sendiri.....

Tu lah saja untuk hari ni......sesiapa yang nak mencuba BP sila kan...cuba lah sendiri ...kita akan lebih rasa sedapnya.....

Senyum dan ceria selalu

Friday, March 12, 2010

Ntah apa-apa

Assalam semua,

lt's been a long time since me share something with u all...nyway, today want to share about my cooking....... My hubby bought something from the wet market n he called this " Lala "... so here it is.... the shell



When l opened it..... the nside look like this.....
So, to make my hubby happy..l try to cook it eventhough don't know how..... So, here are my recipe : oil [ until hot] + big onion + chili boh + chili sauce + salt + msg = mix together.... until it's smell than add "lala" + sedikit kicap + f u want it hot add small chili padi + sugar = mix again until it's cook.... f it very thick just add water n stir again......
So, Alhamdulillah, mu hubby like it.... and told me job well done......

p/s: at that time, l smile n smile...n proud of my self * blushing + giggle*

Lastly, sapa2 nak cuba sila lah ye...sudi2 kan lah...resepi dah kasi dah...

Selamat mencuba dan menikmati.....

Senyum dan ceria selalu,

Tuesday, February 23, 2010

Birthday Hanan

Assalamualaikum semua,

Malam ni nak kongsi sikit story lah....mengenai anak ku yang menyambut harijadi yang ke 6 hari tu...... Aku ngan hubby tunggu Hanan bangun pagi tu...it's kind like a tradition in my family...buka mata n after we see the person yg birthday tu, we will sing a birthday song for him/her..... so tu lah yang kami buat... That morning, Hanan dengan cerianya bangun tidur, cari kami berdua kat dapur...ngan senyum yang manis... Kami pun apalagi mendendangkan lagu besday tuk Hanan...... Lucky that day, her sister aka Liyana sudah bangun so she took a few picture..... so just keep scrolling untuk the end of the page...



Pic. yang akhir tu...bermaksud Hanan dah happy sbb dah makan kek ...... mungkin dia sambung tidur semula.....hihihih

Hurmmm, rasa nya setakat tu saja...

Senyum dan ceria selalu,

Mummy Hanan