semua, rasanya dah beberapa hari aku tak buat apa-apa dalam blog nie...entah kenapa mungkin sibuk dengan segala urusan harian yang perlu diselesaikan......tp kekadang sempat juga aku menjenguk sekejap blog kengkawan.....untuk melepaskan stress....
Oh ya, kita telah memasuki bulan baru iaitu bulan April..... baik juga sekarang org2 dah tak gunakan April Fool Day..... kalau tak...kena...terkenang juga kisah dolu-dolu...
Hemmm, aku nak kongsi sedikit.... pertama nak ucap dulu pada kawan2 aku yg ingatkan aku ketika mereka berada di luar negara... kerana ada diantara mereka yg pergi ke cina.... hah ini diantara beberapa barang yg aku dapat daripada C. Hjh S****h, C. H.N******i, C. H.N******h,, bukan aku seorang yg dapat, tp semua staff di beri benda yg sama cuma mungkin warna yang berlainan...... nampak tak warna kegemaran ku......Yang nie pulak aku dapat dari niece ku yang mengikuti field trip to UK selama 2 minggu....maklum le orang muda...apa-apa pun...............mungkin semua barang ini akan di gunakan oleh anak ku..siapa lagi kalau bukan Zawanah dan Hanan....
Hari Selasa, aku ke hospital untuk menemani abangku yang menjalani operation bahagian hidungnya...... Alhamdullillah, selamat... dan sekarang masih lagi di biarkan berehat di wad...hari Rabu, aku dan anak2 ku ke hospital untuk melawat abangku.....balik kerumah malam....letih...dan tak de masa aku untuk melihat
Hari Khamis, membayar astro dan seterusnya menguruskan mobile anak lelaki ku... selesai, aku dan anak-anak ku serta kawan aku Zuin pun makan tengahhari di Food Court yg ada di situ..aku hanya sempat mengambil pesanan makanan ku iaitu "Nasi Goreng Jakarta"...kami semua selesai makan kira~kira jam 2.30 tengahhari....
Malam nie baru aku ada masa untuk memasak, atas permintaan anak ku...mereka meminta aku memasakkan udang yg dipanggang atas api...... ala~ala salai...Antara bahan-bahan ku gunakan untuk memerap.....
Bahan ini dicampurkan ke dalam udang......tambah msg dan garam sja lagi.......hasilnya :
Setelah itu, diletakkan atas pemanggang dan jika mahu boleh lagi ditambah dengan apa apa perasa contoh : herb kah..or anything u want.......
Selamat mencuba.....
Senyum dan ceria selalu....,
2 comments:
waaahhh...udang lagi...look yummy eh. I have seen the worchester sauce at the market, is that what you are using MH?
yep.... rasa ku its the only brand yg kana pakai....sal udang atu..for my daughter tu..even this evening, their daddy maked cucur udang 4 them...eh... buat aku..kontrol eh sok lusa lagi kan ambil darah...hemmmmm
Post a Comment