new

Saturday, September 12, 2009

Menu hari ke 21 ramadan

Salam semua,

Kelmarin, sepatutnya aku dan keluarga berbuka di rumah saja. Tetapi di saat2 akhir hubby bawa aku ke rumah mak dia di kg.....So, aku pun memasak dengan cepat. Nasib baik menu hari ini simple dan senang saja. Bayangkan kami sampai ke rumah mak mertua aku kira-kira jam 6.10...dan nasib baik ada perahu...kalau tak..alamat berbuka kat jambatan.....

Pertama : aku sediakan ayam untuk digoreng....... [ gambarnya sudah dalam n3 lalu ]

Kedua : Aku membuat mee goreng. Aku gunakan mee cap udang. Hubby pesan pada aku gunakan udang hidup. Jadi aku buat mee + udang kering [ ditumbuk] + udang hidup + telur

Ketiga : Biasalah aku, kalau tak de kuih rasa kekurangan sesuatu. Aku pun membuat roti john.
Ni versi MH.... hehehe

Oh ya, hari nie anak aku membuat Puding Oreo 'again'..... tp tak dapat dimakan waktu sungkai sebab belum sejuk..... terpaksalah mereka menunggu selepas waktu berbuka....

Selamat berbuka, bersahur dan berbuka.......

Senyum dan ceria selalu,


2 comments:

idasm said...

seronok masak2 ni kan kak.. ida pun suka masak..

Mummy Hanan said...

Salam :

Idasm : Yep...seronok apalagi kalau org suka masakan kita...hapy lah rasanya... Akk rasa ida lebih pandai masak sbb kalau tak silap ada kedai kan?.... Kat mana tu?...