Salam semua,
Hari nie merupakan puasa yang 24... Alhamdullillah...... Hari ni aku nak cerita tentang masakan utk berbuka aku dan keluarga.... biasalah kalau tak apa lagi nak post kat sini kan ?
Puasa ke 22, aku tak masak banyak....Aku dan hubby mendapat jemputan dari pehak sekolah anak ku yang perempuan....Majlis sembahyang Maghrib dan sembahyang Hajat sempena peperiksaan PMB utk Form 3 dan O Level utk Form 5... anak ku dalam Form 5.... Hubby suruh aku masak ayam kari dan kelupis nya kami minta ibu hubby yang buat......[ sori, lupa pula nak ambil gambar ]..Untuk anak2 ku yang tinggal tu, mereka minta aku buat makanan kegemaran mereka "butter prawn".......
Kelmarin, dalam perancangan hendak makan di kedai....aku telah mencuba menelefon beberapa buah kedai...nampaknya semua penuh huhuhu..... Hemmm ini bermakna aku kena masak..... sebetulnya hari nie aku malas nak masak....tp kalau aku tak masak apa nak di makan untuk berbuka kan..... nasib baik awal-awal aku dah keluarkan ayam...... Oh ya, my menu :
Butter Milk Chicken : ayam di perap dulu.....goreng..... Utk membuat sosnya : butter + susu manis. Gaul...setelah itu buatlah daun kari + lada thailand......
Hasilnya :
Mee Goreng Putih : bahannya seperti biasa udang hidup
Udang disalut dengan kulit popia...didalamnya aku bagi mayonis dulu...baru digulung....Sambil2 tu terbayang dalam fikiran ku..bagaiman rasanya jika dicelup dengan telur dan seterusnya di beri bread crumb..... Hasilnya : yummy....berhasil
Sambal kerang dalam tin. Yg ini aku hanya tambah bawang besar + kicap manis + lada thailand juga.
Sayur nenas dr tin juga. Yang nie aku bagi ibu rempah + minyak.Tumiskan, buat nenas dengan airnya sekali....bagi lah perasa + lada hidup+ boleh bg lagi gula + kalau mahu tambah sedikit santan.....
Dan akhir sekali, aku buat daging burger untuk diri ku.....hehehe Setelah daging itu masak, aku beri mayonis + lada botol. Untuk rotinya, sengaja aku gunakan roti utk buat roti john....aku lapis roti tersebut dengan telur....setelah itu aku buatlah daging burger tadi.....Wala...
komen anakku : Kenapa lah mummy buat sedikit?.....
Oh untuk hari ni....ntah..belum terbayang apa yang nak di masak...mungkin kat luar kot.....
p/s : selamat berbuka, bersahur dan berbuka...
Senyum dan ceria selalu,
No comments:
Post a Comment