new

Thursday, September 10, 2009

Sambutan Majlis Khatam Al Quraan dan menuku..

Salam Semua,

Sebenarnya kat sekolah aku hari ni mengadakan Majlis Khatam Al Quraan..... Jadi di bawah aku post beberapa gambar yang aku ambik menggunakan kamera mobile ku...... sebelum tu...sengaja aku ambil gambar aku ngan teman aku kat sekolah nie...kira close friend aku lah selain UR, Zuin dan Bibi.....
Petang ni, aku menerima undangan dari sedara hubby untuk bersungkai kat rumah dia..... Oleh kerana batuk ku belum pulih...aku berehat dulu sambil-sambil mencari idea apa nak dibawa ke sana..... Hemmm, aku ada dua pilihan, samada nak buat Laksa Johor atau nasi ayam..... So, hubby pilih masak nasi ayam saja.... Aku ngan hubby memulakan operasi kat dapur....hemmm berasap lagi dapur ku hari nie...cuma masakannya 1 jenis sahaja..... Tugasku memasak nasinya dan hari nie hubby yang menggrill ayamnya...... Selain dari tu hubby juga yang buat kicap dan ladanya. Tugaskku hanya memastikan yang sambal lada tu ada rasa..... Alhamdullillah, kami selesai memasak 5.15 petang....... Siapa nak makan nasi ayam ni, cuba lah ye.....

Ayam yang digrill dalam oven [ baunya hemm sedap..kan kita puasa..hik3x... ]

Nasi yang aku masak......
Kicap untuk ayam...
Sambal lada untuk ayam.....
Hah, tu lah menuku untuk hari ni........

Selamat berpuasa untuk semua.....

Senyum dan ceria selalu,

3 comments:

Na Shari said...

Best la Mummy...Hubby rajin tolong kat dapur... :)

Ayam yang di'grill' tu nampak menyelerakan :)

iza~de~bintang said...

banyaknya makanan sedap2 huhuhu

Mummy Hanan said...

Salam :

Na : memang hubby sya nie suka tolong sya kat dapur...
Hah, Na buatlah...simple je tu..

Iza : biasa saja tu.....tp makasih pujian nya ye...ishk4x..