new

Tuesday, May 19, 2009

Dari dapur ku ep 2.....

Salam semua,

Semalam untuk makan malam aku telah menyediakan nasi goreng..... bahan2 yg aku campur ialah udang basah, sos tiram , bawang kisar dan sedikit lada hidup yg pedas... yg sebenarnya kalau sebut udang sja, semua anak ku akan makan..... hemmm
Semalam aku Pillowjam 2.30 pagi. Entah kenapa mata ku tak mau lelap.....jadi aku habiskan masa dengan membaca novel. Actually nya novel ini lama dah aku pinjam dari cousin ku cuma aku baru ngat semalam..."Kembalikanlah Kasihku"tajuk novel ini ... hemm kalau time malam2 yg sunyi bertemu pula dengan jalan cerita yg sedih, mulalah aku Blowing Nose....... Aku tau aku perlu bangun 4.45 pagi..... untuk memasak.....

So, bangun juga aku.... hari ini ada permintaan dari adik ipar aku...Dia nak nasi putih, daging rendang dan sambal tahai..... So itulah yang aku sediakan untuknya dan aku simpan seperti biasa di dalam kontaner..... sori ye tak ambik gambar......

Sambil-sambil tu, semalam aku telah menyediakan tepung untuk membuat "tumpi" yg nie makanan org2 kat sini, ianya ala-ala roti kosong yg disediakan oleh org India cuma tumpi nie tak perlu ditebar, kita cuma gunakan rolling untuk membentuknya.... Kemudian ia akan dimakan dengan ayam/ daging kari...Jadi aku telah memilih untuk membuat ayam kari......Jd.. pagi nie aku hanya perlu menggorengnya.....

Ini dia tepung yang dah aku jadikan doh.... dibulatkan ... tp kan akku mengambil masa satu jam untuk menghasilkan doh tepung yang banyak...lenguh juga tangan aku...aku pkai manual je..tak nak pakai mesin....

Tak ku sangka banyak juga yang ku dapat, yg nie doh yg telah aku hasilkan dan ku simpan dalam peti ais....
Ini lah hasilnya setelah tepung tadi di bulatkan dengan roll..... lepas tu di goreng... hummm crunchy
Dan ini pula ayam kari untuk dijadikan kuah bagi tumpi tadi....alahai sedapnya.....Yang sebenarnya makanan ini aku buat untuk teman2 kat sekolah ku dan sekolah hubby ku......

Petang nie, oleh kerana terover rajin, aku sediakan makanan untuk anak2 ku.....tengoklah....


Oh ya satu lagi, tengah hari tadi, aku menerima tetamu yang tak di undang......Scared 1
Sempat lagi dia jalan2 kat dapur ku....

Ini dah mati...terpaksa aku suruh driver ku bunuh saja...memandangkan aku ada anak2..... hemmm seram juga rasanya...rasaku ini lah pertama kali ular masuk dalam rumahku, selalunya aku lihat diluar sja......"Ya allah lindungi lah kami semua.....dari segala kejahatan "
Tapi nak juga tahu, kalau lah sapa2 tahu maksud kedatangan ular dalam rumah aku tu ? ....share lah ngan aku.....selalunya kita mimpi kan ? tapi ini........

Salam dari saya,

7 comments:

Hazlin Nazri said...

Salam mummyhannan,
wah rajinnya.. seronok anak-anak kalau dapat mummy begini.

kalau letak resepinya sekali, boleh la kita buat.

terkejut tengok gambar ular tu... sempat jugak ambik gambar ye..

tak tau pulak apa maksudnya kalau ular masuk rumah. Cuma doa dan tawakkal je pada Allah mintak dijauhkan segala yg tak baik..

faizul darius said...

mummy hanann, sebelum bunuh ular tu ada bagi amaran tak? mana tau jin ke apa ke kan, saya dengar orang akan bagi amaran suruh keluar dulu, kalau dia degil baru boleh bunuh.

faizul darius said...

tumpi? saya pernah dengar nama tu tapi rupa dia lain mungkin kat semenanjung nih lain kot, tumpi dan rempeyek.

UmmiRosma said...

Subhanaallah...
Memang pernah juga terjadi at my home. Niatkan ja untuk keselamatan keluarga. Nda apa apa tu. Tawakal and ada hikmahnya tu.

Mummy Hanan said...

Salam UR,

Ya tah, this is my first time to menerima tamu tak diundang.....
Mudahan tah membawa rezeki bukan bahaya...amin.... jauhkan dari kejahatan.....

Sarnia Yahya said...

Mummy... nanti letak belerang di sekeliling rumah, itu petua nenek. Rumah kampung, faham2 je le...

Mummy Hanan said...

Salam Sarnia,

Makasih atas petuanya ye.....